Yingluck Shinawatra Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand

Yingluck Shinawatra Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand

Yingluck Shinawatra lahir pada 21 Jun 1967 adalah presiden semasa syarikat pemaju hartanah SC Aset Co. Ltd, dan adik bongsu bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra . Pada bulan Mei 2011, parti pembangkang Parti Pheu Thai – yang mengekalkan hubungan rapat dengan Perdana Menteri disingkirkan – akhirnya Yingluck telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri Thailand selepas Pilihan raya Thailand 2011.

Keputusan pilihan raya pada 3 Julai 2011 menunjukkan bahawa parti itu telah memenangi 310 kerusi daripada 500 kerusi Parlimen Thailand dan cukup selesa untuk membentuk kerajaan majoriti. Beliau dijangka menjadi wanita Thailand pertama menjadi perdana menteri. Ia juga menandakan kemenangan gerakan politik ‘Baju Merah’.[1] Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengesahkan kemenangan Pheu Thai pada 2 Ogos 2011.

Kehidupan Yingluck Shinawatra dan kerjayanya

Yingluck adalah anak bongsu daripada sembilan anak kepada Lert Shinawatra dan Yindee Shinawatra (anak perempuan Puteri Jantip (Na Chiangmai) Raminkwong). Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dari Fakulti Sains Politik dan Pentadbiran Awam, Universiti Chiang Maipada tahun 1988 dan memperolehi ijazah sarjana dalam Pentadbiran Awam (Pengurusan Sistem Maklumat) dari Kentucky State University , Amerika Syarikat , pada tahun 1991.

Yingluck bekerja di syarikat Shinawatra Direktori Co. Ltd dan merupakan Pengarah Urusan Advanced Info Service PCL atau AIS, pembekal telefon bimbit yang dahulunya dikuasai oleh Thaksin, sebelum dijual kepada pelabur. Dia disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand berhubung jualan saham Shin Corporation kepada Temasek Holdings . Beliau juga pernah menjawat jawatan penting dalam kelab bolasepak Manchester City iaitu sebagai pengarah eksekutif kelab utama Liga Perdana Inggeris itu.

Yingluck juga merupakan ahli jawatankuasa dan Setiausaha Thaicom Foundation. Beliau mempunyai seorang anak lelaki. Suaminya Anusorn Amornchat, seorang peguam dan Pengarah Urusan M Link Asia Corporation PCL. Kakaknya Yaowapa Wongsawat merupakan isteri bekas Perdana Menteri Thailand Somchai Wongsawat.

Yingluck Shinawatra dalam Politik

Pada 2007 Parti Kuasa Rakyat yang dikaitkan dengan abangnya dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand kerana telah melanggar undang-undang pilihan raya, Thaksin menubuhkan parti lain dan adiknya menjadi pemimpin parti. Ramai penyokong Thaksin tinggal di kawasan pedalaman di utara dan timur laut Thailand. Mulanya Yingluck tidak bersedia memimpin parti dan lebih suka menumpukan bidang perniagaan. Akhirnya dia mengalah selepas menerima surat pelawaan rasmi daripada parti.

Menjelang 2011, ramai ahli Parti Pheu Thai menyokong Mingkwan Sangsuwan melawat Thaksin di Dubai untuk membincangkan keputusannya memilih Yingluck sebagai calon ahli parlimen. Namun Thaksin mengekalkan keputusannya tidak bertanding dan adiknya tidak akan mengkhianatinya.Bukan ahli keluarga tidak semestinya pilihan terbaik. Thaksin menyatakan adiknya itu bukan boneka tetapi klon beliau.Klon bermakna ‘budaya, latar belakang, idea, sikap dan pemikiran yang sama’. Adiknya telah dicalonkan , jadi tidaklah perlu beliau kembali memimpin Thailand.[2] Peluang untuk menang amat cerah kerana memiliki aura kepimpinan seperti Thaksin.

Pada 16 Mei 2011 ahli Parti Pheu Thai memilih Yingluck sebagai calon parti dan secara tradisinya bakal menjadi Perdana Menteri Thailand . Isu kempennya ialah kembalikan perpaduan di kalangan rakyat Thailand.Beliau berjanji tidak akan membalas dendam atas penggulingan abangnya pada 19 September 2006. Taraf hidup rakyat akan diperbaiki dan menamatkan krisis politik berdarah di Thailand. Yingluck turut memberi amaran kepada tentera agar menghormati keputusan pilihan raya dan mengelak melakukan rampasan kuasa. Ketua tentera, Jeneral Prayut Chan-O-Cha berikrar akan mematuhi keputusan pilihan raya dan 18 rampasan kuasa tentera tidak akan berulang .Di Selatan Thailand yang majoritinya orang Islam, beliau dilihat memakai tudung.

Tinjauan oleh Universiti Suan Dusit mendapati Pheu Thai memperolehi 43.16 % undian, diikuti Parti Demokrat (37.45 %), Bhumjaithai (2.64 %), Chartthaipattana (2.64 %) dan Rak Prathetthai (1.43 %). Sebanyak 4.42 % lagi memilih parti-parti lain dan 7.08 % masih belum memikirkan parti pilihan.

Pada 15 Mei 2011, Parti Demokrat menjemput Yingluck Shinawatra untuk berdebat politik dengan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva.Malangnya Parti Pheu Thai menolak jemputan itu kerana merasakan debat politik itu tidak perlu kerana ia hanya digunakan semasa Pilihan raya Presiden.

Yingluck Shinawatra mendapat sokongan besar di Bangkok yang sebelum ini dimenangi oleh Parti Demokrat.Mereka menang 310 daripada 500 kerusi Parlimen Thailand. Penyandang Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva mengakui kekalahan partinya kepada Parti Pheu Thai.Yingluck telah bersedia untuk menjadi wanita pertama Thailand sebagai perdana menteri. Abangnya Thaksin menelefon dari Dubai untuk mengucapkan tahniah.

Skandal dan kritikan terhadap Yingluck Shinawatra

Akaun bank Yingluck adalah antara 86 akaun bank yang dituduh membiayai penunjuk perasaan Baju Merah semasa demonstrasi 2010 .Ketika itu,huru-hara berlaku di seluruh negara terutama di kawasan Metropolitan Bangkok. Siasatan Jabatan Siasatan Khas mendapati antara 28 April 2009 – Mei 2010, sekitar 317 juta baht dicurahkan kepada Baju Merah .Pada 28 April, pergaduhan berlaku di daerah Don Mueang dan seorang askar terbunuh. Pada 07-08 Mei, dua anggota polis terbunuh dalam rusuhan di daerah Saladang.Pada 14 Mei, pergaduhan berlaku di banyak tempat di Bangkok yang membawa kepada beberapa kematian . Penunjuk perasaan pernah menawan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi. Seramai 92 orang terkorban pada 2010.

Kekayaan Yingluck Shinawatra

Yingluck dikatakan telah membantu abangnya, Thaksin Shinawatra dan kemudian kakak dalam menyembunyikan kekayaan mereka. Yingluck diterima 0,68% daripada saham Shin Corp pada 1999. Kononnya Yingluck telah membuat transaksi palsu bagi mengelak cukai pendapatan. Kini sebagai Perdana Menteri Thailand, perkara tersebut akan digugurkan. Bagaimanapun Yingluck mendakwa bahawa keluarganya menjadi mangsa penganiayaan politik.

Source : ms.wikipedia.org

P/S : Mampukah Yingluck Shinawatra sebagai Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand menerajui Negara Thailand  disamping bayang-bayang abangnya Thaksin Shinawatra.

80 total views, 1 views today

Tags: , , , ,

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Adik perempuan Thaksin bawa semangat baju merah

  2. Norizwan says:

    cantik betu la dia hehe….aku yakin dengan kecantikan dia mampu memimpin negara thailand huhu….

  3. titan
    Twitter:
    says:

    ohh..baru aku tauu..

  4. MDHAFiZ.NET says:

    Tahniah kepada nya..semuga negara gajah putih itu aman dan damai seperti sedia kala.. :)

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top