Wanita Cuba Seludup Keluar Teman Lelaki Dalam Penjara Guna Beg Pakaian.

Wanita Cuba Seludup Keluar Teman Lelaki Dalam Penjara Guna Beg Pakaian

Gambar ini diambil pada hari sabtu Julai 2, 2011, banduan penjara Juan Ramirez Tijerina dalam kedudukan bergulung di dalam sebuah beg pakaian selepas dia cuba melarikan diri dari penjara dengan bantuan teman wanitanya semasa lawatan suami isteri di Chetumal, Mexico. Ramirez sedang menjalani hukuman 20 tahun bagi setelah disabitkan kesalahan pada tahun 2007 kerana memiliki senjata haram. Teman wanita beliau ditangkap dan perbicaraan masih belum selesai.(AP Photo / SIPSE)

Wanita cuba seludup keluar Teman Lelaki dalam penjara guna beg pakaian di tangkap.

Kejadian berlaku di Chetumal, Mexico apabila polis menangkap seorang wanita ketika cuba menyelinap keluar bersama-sama teman lelakinya selepas lawatan suami isteri di penjara Mexico dalam sebuah beg pakaian.

Seorang jurucakap polis di Chetumal, Caribbean Quintana Roo berkata kakitangan di penjara itu menyedari bahawa perempuan itu kelihatan sangat gelisah semasa menarik beg pakaian berwarna hitam yang kelihatan sangat sarat dan besar.

Wanita cuba seludup keluar teman lelaki dalam penjara guna beg pakaian.Timbulkan syak pada polis

Pengawal penjara memeriksa beg pakaian wanita yang berumur 19 tahun yang dikenali sebagai Maria del Mar Arjona dan mendapati teman lelakinya Juan Ramirez Tijerina yang merupakan banduan dalam penjara tersebut dalam kedudukan janin didalam beg pakaian tersebut.

Ramirez sedang menjalani hukuman penjara selama 20 tahun apabila disabitkan kesalahan pada tahun 2007 kerana memiliki senjata haram.

Maria del Mar Arjona wanita yang cuba seludup keluar teman lelakinya dari penjara ditangkap dan dakwaan keatasnya masih belum selesai.

source : my.news.yahoo.com

P/S : Hairan sungguh bila wanita yang cuba seludup keluar teman lelakinya dari penjara nie bawak masuk beg pakaian dalam penjara. Takkan Polis penjara biarkan sedangkan barang-barang dari luar penjara dilarang sama sekali bawa masuk.

Wanita Cuba Seludup Keluar Teman lelaki Dalam Penjara Guna Beg Pakaian.

1,438 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. ohcikgu
    Twitter:
    says:

    hehe..kantoi pulak ye..

  2. akubiomed says:

    Rasanya pernah berlaku sebelum ini cuma kali ini tidak bernasib baik 🙂 Tidak lemas duduk didalam bag yang sempit itu

  3. Norizwan says:

    haha…bijak, bijak…

  4. titan
    Twitter:
    says:

    pergghh..berat tu..sanggup awek dia angkat beg tu..

  5. dhiyafaris says:

    teruknya sampai mcm ni sekali..

  6. mancai says:

    hahaha… tak der kerja cari kerja… silap2 masuk gak penjara pempuan ni.. ish… berani gaban betul

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top