Volunia Enjin Baharu Carian Internet

Volunia

profesor Massimo Marchiori menunjukkan enjin carian Volunia yang diciptanya di Universiti Padua, Itali kelmarin.

Profesor Cipta Enjin Baharu Carian Internet Bernama Volunia.

Seorang profesor sains komputer dari Itali, Massimo Marchiori melancarkan enjin carian Internet dan rangkaian sosial media baharu Volunia kelmarin.

Marchiori memberitahu, beliau berharap laman web Volunia dengan fungsi dua dalam satu itu akan dapat mencabar populariti enjin carian Amerika Syarikat (AS), Google.

Volunia Pantas Berinteraksi

Mengulas tentang enjin cariannya beliau berkata, Volunia boleh digunakan untuk melihat komponen laman web tertentu bagi mencari tajuk pilihan dengan lebih cepat selain berinteraksi dengan pengguna lain yang kebetulan melihat laman web sama.

“Laman web umpama tempat tinggal. Di situ bukan sahaja terkandung maklumat tetapi juga manusia. Dimensi sosial laman web sudah pun ada, ia cuma perlu diterbitkan,” katanya semasa melakukan demonstrasi penggunaan enjin berkenaan.

Menurut Marchiori, beliau percaya fungsi yang terdapat pada Volunia akan menjadi fungsi biasa pada semua enjin carian utama termasuk Google dan Yahoo tidak lama lagi.

4 Tahun Mencipta Volunia

Mengambil masa empat tahun untuk mencipta Volunia, Marchiori dipuji ramai komentator Itali kerana sanggup meninggalkan kerjaya lumayan di AS untuk kembali bekerja di Itali walaupun dengan gaji bulanan serendah 2,000 euro (RM7,905). Dia yang berusia 42 tahun mengajar di Universiti Padua di timur laut Itali.

Laman web Volunia memiliki hak cipta AS dilancar kepada sebilangan pengguna terpilih kelmarin sebelum digunakan dengan lebih meluas dalam 12 bahasa termasuk Bahasa Arab, Inggeris, Jepun dan Rusia dalam masa beberapa hari lagi.

Kredit Info : kosmo.com.my : Profesor Cipta Volunia Enjin Baharu Carian Internet

392 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. titan
    Twitter:
    says:

    first time aku dengar. nak gi test jap.
    titan recently posted…Lelaki kacak sedang demam selsema.My Profile

  2. rahman says:

    bukan sonang nak nak lwn google.. kalau boleh ok lah
    rahman recently posted…Gigitan mautMy Profile

  3. anif
    Twitter:
    says:

    Bila dilancarkan secara komersil nanti baru tahu prestasinya..
    anif recently posted…Zoo Johor – Bahagian 2 (2012)My Profile

  4. akubiomed says:

    Kita sebagai blogger sapu semua. 🙂

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top