Udang Goreng Butter Ala KM

Udang Goreng Butter Paling Senang Nak Masak.

Udang Goreng Butter Ala KM

Dulu KM tak beberapa gemar sangat makan Udang. Bukan tak boleh makan cumanya takde satu pun resepi yang macam sesuai untuk masak udang. Balik-balik udang goreng tepung. Itulah yang KM order kalau makan sea food. Sekarang tambah lagi satu menu iaitu udang goreng butter.

Udang Goreng Butter nie sebenarnya gabungan bahan-bahan masakan tradisional Melayu, Cina, India dan bahan-bahan Barat. Ermm rasa-rasa ketam goreng butter sodap tak?. Siapo dah cuba.

KM nak kongsikan resepi Udang Goreng Butter Ala KM dengan anda semuo. Kalau nak sodap makan, boli udang yang bosar-bosar sikit. Baru pueh makan hehehe.

Resepi Udang Goreng Butter.

600g – Udang besar segar (tambah garam dan sedikit kunyit serbuk dan goreng)
Minyak Untuk mengoreng Udang
2-3 Sudu besar – butter
15 biji cili padi – dipecah-pecah
10-15 tangkai – Daun Kari
3 ulas – Bawang Putih – dicincang
Garam secukup rasa
1 cawan (100g) – Kelapa parut – digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan
1 sudu besar – cuka
1 sudu besar – gula
½ sudu besar – kicap cair

Cara memasak Udang Goreng Butter.

1 – Bersihkan udang, buang kulit tetapi tinggalkan bahagian ekor. Toskan, kemudian goreng sehingga kekuningan dan toskan minyaknya.

2 – Cairkan butter, tumis cili padi, daun kari dan bawang putih. Bila sudah garing, ,, cuka, gula, kicap cair dan udang.

3 – Masukkan kelapa goreng sedikit demi sedikit. Goreng dengan api kuat selama 2 minit. Hidang segera

Selamat mencuba. 🙂

Psst : Yang ado sakit gout, makan sikit buleh jangan terlebih makan.

18,602 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. rizkyabadi says:

    wow, enak sekali nih , . .. aku jadi lapar

  2. Kamal Mustafa says:

    @Titan : Dua pinggan udang goreng butter siap…. 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Semakan Kemasukan Ke Program Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2015My Profile

  3. titan
    Twitter:
    says:

    fuhh..

    nampak menyelerakan.

    bak sikit 2 pinggan.

  4. Kamal Mustafa says:

    @Wahyu : Sama-sama 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Semakan Kemasukan Ke Program Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2015My Profile

  5. wahyu says:

    Hmm, sedapnyeee. terima kasih

  6. akubiomed says:

    Wow membuka selera. 🙂

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top