Tukar ‘Valentine’s Day’ Kepada Hari Suami Isteri.

Tukar 'Valentine's Day' Kepada Hari Suami Isteri.

Sudah-Sudahlah Sambut Valentine’s Day

Tema kasih sayang dijaja sejak berkurun-kurun lama dahulu, bukan sahaja menular di kalangan masyarakat bukan Islam, sebaliknya semakin menjadi budaya popular di kalangan umat Islam yang rata-ratanya hanya tahu menyambutnya tanpa mempedulikan asal usul tercetusnya perayaan sedemikian. Berselindung di sebalik nama kasih sayang, Valentine Day, seolah-olah menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan tanpa ada batasnya.Lantaran itu, melihat kepada cara sambutan dan perbuatan muda mudi yang tidak segan silu berpelukan,bercumbu dan bercampur bebas.

Maksud Sebenarnya  ‘Valentine’s Day’

Bercerita pasal mengingati orang nie, kita semua sedia maklum bahawa hari ini adalah hari ‘Valentine’s Day’ seperti mana yang diagung-agungkan oleh negara-negara seluruh dunia. KM tak pernah sambut ‘Valentine’s Day’. Tak percaya…..tanya Omak KM huhuhu. Ramai anak-anak muda dan tidak kurang juga orang-orang tua sekarang tidak tahu maksud sebenarnya sambutan ‘Valentine’s Day’.

Tukar ‘Valentine’s Day’ Kepada Hari Suami Isteri

Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan adalah lebih elok jika Valentine’s Day, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam. Sambutan Hari Suami Isteri itu juga dijadikan sebagai acara tahunan.

Tukar ‘Valentine’s Day’ Jadi Hari Suami Isteri Satu Cadangan Bijak.

KM sokong cadangan ini. Ini cadangan yang bijak . Tak taulah pulak orang lainkan. KM rasa dengan cadangan nie, Hari Suami Isteri sedikit sebanyak dapat mengaburi sambutan Valentine’s Day yang disambut mengatasi sambutan hari kelahiran Rasullulah SAW. Promosi Valentine’s Day pun KM rasa patut dikurangkan. Tak pun Tak payah promosi Valentine’s Day terus.

Apa pendapat korang tentang cadangan diatas. Sila komen mengenai cadangan nie ok.

Grammy Awards 2012

Grammy Awards 2012 berlansung semalam jam 8.30 pagi. Penyanyi dan lagu mana menang boleh google sendiri ye. Khabarnya ada tribute buat penyanyi Whitney Houston yang meninggal dunia ahad lepas. Walaupun punca kematian pada mulanya tidak diketahui, namun desas-desus mengaitkannya dengan penyalahgunaan dadah. Whitney Houston akan sentiasa diingati kerana memiliki suara yang hebat serta pencapaian lagu-lagunya dicarta pertama muzik USA.

Link Post Ini : Tukar ‘Valentine’s Day’ Kepada Hari Suami Isteri.

154 total views, 1 views today

Tags: , , , , , , , , ,

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. titan
    Twitter:
    says:

    lom ada bini lagi. waaa..
    titan recently posted…Komisen ke 3 dari TipsPTD.comMy Profile

  2. rahman says:

    menarik jugak tu tetapi masih banyak perkara yang perlu di perhalusi lagi
    rahman recently posted…Pasar Malam Sinsuran, syurga seafoodMy Profile

  3. akubiomed says:

    Saya tidak dimana membaca untuk sambutan Hari Suami Isteri pada 14hb Feb tidak sesuai.

  4. Kamal Mustafa says:

    @anif : Kena buat tarikh tue, baru ada impak.

  5. anif
    Twitter:
    says:

    Bagus juga tu.. Tapi bukan pada 14 Februari la :D
    anif recently posted…Sakit Adalah Sesuatu Yang Tidak DijangkaMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top