Transit Planet Zuhrah

Fenomena Transit Planet Zuhrah

Gambar diatas adalah gambar transit Planet Zuhrah Planet Zuhrah melintasi hadapan matahari yang diambil dari balai cerap  Masachapa, Nicaragua, Rabu lepas . Fenomena transit planet Zuhrah ini berlaku bermula jam 6.10 pagi dan berakhir pada jam 12.40 tengah hari.

Saiz planet Zuhrah menyamai Bumi, apabila melihatnya dalam keadaan ‘bulatan hitam kecil’ melintas di permukaan matahari. Fenomena transit planet Zuhrah pernah berlaku pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku pada 2004 dan 2012. Transit planet Zuhrah selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125.

Berita Sana-Sini Sekitar Transit Planet Zuhrah

Yamtuan berangkat ke program cerapan Transit Planet Zuhrah

PORT DICKSON – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berangkat ke Program Cerapan Transit Zuhrah yang berlangsung di Balai Cerap, Kompleks Baitul Hilal, di sini.

Sejurus ketibaan baginda pada pukul 9 pagi yang disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Tuanku Munawir diberi taklimat mengenai kejadian transit planet Zuhrah oleh Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias.

Baginda kemudian berangkat ke sesi cerapan dan lawatan serta santapan pagi sebelum berangkat pulang pada pukul 10.45 pagi.

Sementara itu, Pegawai Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Shafie Muhammad berkata, pada hari ini, planet Zuhrah melintas di hadapan matahari dan boleh dilihat dari Bumi.

Di Malaysia, fenomena itu dapat disaksi bermula matahari terbit dan berakhir pukul 12.50 tengah hari di mana planet tersebut kelihatan seperti tompok hitam kecil bergerak melintasi matahari.

“Kali terakhir fenomena ini ialah pada 8 Jun 2004,” katanya.

Malaysia Turut Alami Transit Planet Zuhrah Terakhir Abad Ini

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan planet Zuhrah melintasi matahari – dikenali sebagai Transit Zuhrah yang terakhir abad ini, fenomena yang hanya boleh dilihat 100 tahun akan datang.

Menurut Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara, Lau Chen Chen, Transit Zuhrah kali ini bermula jam 6.09 pagi tadi, ia berada di fasa maksimum pada jam 9.29 pagi dan berakhir jam 12.49 tengah hari.

Fenomena ini juga disaksikan di seluruh dunia, lapor media asing.

“Penduduk di sekitar Sabah bernasib baik kerana dapat menyaksikan keseluruhan fasa Transit Zuhrah ini kerana matahari terbit sebelum transit bermula,” katanya pada sesi penerangan Transit Zuhrah di sini, pagi ini.

Jelas beliau, orang ramai dilarang melihat matahari secara terus tanpa penuras yang selamat kerana boleh menyebabkan kerosakan pada mata atau boleh mengakibatkan buta.

Bersempena dengan itu, Planetarium Negara menyediakan sembilan teleskop dan sebuah solarskop bagi kegunaan orang ramai melihat keajaiban alam ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) turut bekerjasama dengan Unit Falak Pahang dan Falak Online dengan mengambil imej fasa-fasa Transit Zuhrah dari tempat masing-masing dan memuat naik secara langsung ke laman Facebook Malaysia Lunar Eclipse.

Dalam pada itu, seorang pengunjung, Yusman Daud, 45 berkata, dia datang untuk menyaksikan Transit Zuhrah kerana minat yang amat mendalam dalam bidang astronomi dan bagi menanam minat anak-anaknya menghayati kebesaran Tuhan dengan menyaksikan fenomena hari ini, yang jarang-jarang berlaku.

Latifah Maisarah Yusman, 16, seorang pelajar pula berkata, peluang menyaksikan Transit Zuhrah jarang dapat dilihat.

“Jadi saya tidak mahu ketinggalan melihat fenomena ini, di samping menambah ilmu pengetahuan,” katanya.

Fenomena Transit Planet Zuhrah muncul semula 2117

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Penduduk di seluruh dunia memandang ke langit pada waktu siang kelmarin dan awal petang semalam di Asia untuk melihat transit Zuhrah.

Keajaiban alam tersebut berikutnya hanya akan berlaku dalam tempoh 105 tahun akan datang.

Transit Zuhrah terjadi apabila planet berkenaan melintasi di antara Bumi dan Matahari.

Penduduk Bumi dapat melihat planet berkenaan sebagai satu bintik hitam kecil pada permukaan matahari.

“Jika anda dapat melihat tahi lalat pada wajah model antarabangsa Cindy Crawford, anda pasti akan dapat melihat transit Zuhrah,” kata seorang ahli Persatuan Astronomi Los Angeles, Van Webster.

Transit berkenaan berlaku selama 6 jam 40 minit bermula selepas pukul 6 petang di AS.

Mereka yang berada di Amerika Utara dan Tengah akan dapat melihat keseluruhan fenomena itu manakala penduduk di barat Asia, timur Afrika dan sebahagian besar Eropah pula akan dapat menyaksikan penghujung transit Zuhrah apabila matahari terbit.

Di Hawaii, Alaska, timur Australia dan Asia termasuk Jepun, Semenanjung Korea dan timur China, orang ramai dapat memerhatikan keseluruhan transit Zuhrah kerana fenomena itu berlaku pada siang hari.

Mereka yang tidak memiliki teleskop bersama penapis khas memilih untuk menyaksikan fenomena itu di laman web Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Laman web tersebut mencatat hampir 2 juta penonton kelmarin dengan sekitar 90,000 orang melayarinya pada sesuatu masa.

Di bandar raya ini, kali terakhir transit Zuhrah berlaku adalah 130 tahun lalu pada 1882.

“Saya berasa sangat seronok. Ini satu pengalaman yang kami tidak akan lupakan seumur hidup kami,” kata seorang jurutera perisian berusia 32 tahun, Bo Tan.

Dia dan beberapa rakan sekerjanya mengambil cuti separuh hari untuk memerhatikan keganjilan alam tersebut.

Namun, orang awam yang mahu melihat transit Zuhrah dinasihatkan supaya memakai kaca mata khas atau teleskop dilengkapi penapis cahaya.

Ini kerana perbuatan memandang pada tempoh yang lama ke arah matahari akan merosakkan retina mata.

Ketika gerhana matahari berlaku pada 1970, sebanyak 145 kes retina rosak dilaporkan di AS akibat perbuatan memandang ke arah bintang tersebut tanpa sebarang peralatan keselamatan.

Transit Planet Zuhrah berikutnya hanya akan berlaku pada tahun 2117.

1,159 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. mmg menakjubkan.. musykil juga,penah x semua planet dlm kedudukan selari..
    Jebeng Otai™ recently posted…TakutMy Profile

  2. akubiomed says:

    Hanya dapat menonton fenomena ini melalui berita tv.
    akubiomed recently posted…Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan MeiMy Profile

  3. jasman says:

    ruginya xdpt tgok…
    jasman recently posted…Jangan Buli Lah…!!!My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top