Tol Elektronik Sepenuhnya Di Plaza Tol Mambau Dan Lukut (SPDH)

Rebat 20% Bila Guna Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Assalammualaikum,

Bermula 1 Jun 2015 yang akan datang. Transaksi tol di Plaza Tol Mambau dan Lukut di SPDH akan dikendalikan 100 peratus secara elektronik. Jadi kalau korang ke Port Dickson pastikan korang stanby kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ya. Ini merupakan langkah PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik yang lebih pantas dan mudah.

Tol Elektronik Sepenuhnya Di Plaza Tol Mambau Dan Lukut (SPDH)

KM memang selalu guna Lebuhraya Seremban-Port Dickson kalau nak ke Seremban. Buleh yo kalau nak ikut jalan lama tapi slow sikitlah sebab banyak kereta, lori serta bas perkidmatan awam yang guna jalan tue. Jadi bermula 1 Jun hingga 30 September akan datang, Orang ramai yang membayar tol secara elektronik di Plaza Tol Mambau dan Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) boleh menikmati penjimatan bayaran tol melebihi RM48.00 setiap bulan

Penjimatan tersebut diperolehi melalui tawaran rebat tol sebanyak 20 peratus yang diberikan oleh PLUS untuk pengguna Kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG di Plaza Tol Mambau dan Lukut.

Pengiraan tersebut adalah berdasarkan purata 30 hari setiap bulan dan tawaran rebat tol sebanyak 20 peratus untuk pembayaran secara elektronik yang ditawarkan oleh PLUS seperti berikut:-

Rebat Tol 20 peratus Tol Port Dickson

Selain daripada itu, orang ramai berpeluang mendapatkan SmartTAG dengan harga istimewa RM96.00 (termasuk 6% GST) mulai sekarang di Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Seremban dan Senawang (selagi stok masih ada). Pusat ini beroperasi bermula jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.

Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go (dengan nilai pra bayar RM5) dengan harga promosi RM5 (kad percuma) mulai sekarang di lorong di Plaza Tol Mambau dan Lukut (Kedua-dua Arah) dan Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Seremban dan Senawang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800-88-0000.

Kredit Info Via : arenakereta.com

911 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Titan : betul tue Bro, orang lukut kalau nak copek ke hospital besar kono to naik highway.
    Kamal Mustafa recently posted…Jemputan Nuffnang Ke Event CourtsMy Profile

  2. titan
    Twitter:
    says:

    memang sesetengah tempah..dah guna touch n go sepenuhnya.

    takde dah yang tunai punya.

    nak tak nak, kena beli gak touch n go nih..

  3. dunia video says:

    hebat… mantap.. terbaik..

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top