Tokey Ayam Pun Curi Air Ko?

Orang nak kayo, kayo laie. tapi mencuri. Apo kono eh nie. Bueklah kojo yang berfaedah sikit. Apo masalah eh nie, orang hutang ayam tak bayar ko?, sampai mencuri air. Parah botul.

JELEBU 22 Feb. – Seorang tauke ayam ‘terkedu’ apabila ladang miliknya diserbu penguat kuasa Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) selepas disyaki terlibat dengan kegiatan mencuri air dalam operasi di Lot 2600, Simpang Pertang dekat sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 40-an tergamam selepas sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguat Kuasa Sains dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berjaya membongkar aktiviti haram yang dilakukannya itu sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, pemilik perusahaan terbabit melakukan penyambungan semula secara haram selepas bekalan air ke ladang itu dipotong pada 2008 bagi menjalankan operasi hariannya.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan mengejut selepas membuat risikan selama seminggu terhadap premis berkenaan hasil daripada aduan awam.

”Hasil pemeriksaan, kita mendapati pengusaha terbabit menjalankan penyambungan semula tanpa kebenaran menggunakan paip HDPE (High Density Poly Ethlene) bersaiz 25 milimeter (mm) dari paip utama milik Sains.

”Pihak kami juga mendapati paip tersebut turut disalurkan ke tiga reban di ladang ini yang menempatkan hampir 43,000 ekor ayam,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya lagi, pemeriksaan lanjut melalui ujian klorin turut mendapati bekalan air yang digunakan di premis terbabit merupakan air terawat milik Sains.

Untuk itu, katanya, pihak SPAN telah mengeluarkan notis makluman kesalahan terhadap pengusaha selain bertindak menyita paip yang digunakan di ladang terbabit untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

”Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 89 (9) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Kata Azlan, pihaknya akan mempertingkatkan pemantauan secara berterusan berhubung kegiatan mencuri air di seluruh negeri ini tanpa mengira sama ada membabitkan pengguna komersial atau domestik.

”Ia adalah satu daripada langkah tegas kami untuk mengurangkan Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) yang berada pada tahap 44 peratus pada tahun lalu berbanding 53 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya.

Tambahnya, Sains sememangnya amat menghargai kerjasama orang awam dalam membendung kegiatan haram berkenaan.

”Mereka yang mempunyai sebarang maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol Sains 1-800-88-6982 dan identiti pemberi maklumat dirahsiakan,” katanya.

Kredit Info : http://www.utusan.com.my

1,107 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. zik says:

    macam ne tuh.. kesian pulak kat ayam tuh, nak minum apa??? huhu
    zik recently posted…Pencipta mesin pengeluar wang automatik ATMMy Profile

  2. mancai says:

    huhuhu.. mesti ada kes tak puas hati tu yang di buat macam gitu kot….

  3. akubiomed says:

    Memang tak patut yang kesian dekat ayam sebab kehausan kalau sumber air di potong
    akubiomed recently posted…Peristiwa diselamatkan oleh skuad HijauMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top