Tinggalan Kota Lukut.

Assalammualaikum,

Walaupun KM tinggal di Lukut tapi jarang sekali ke Kota Lukut. Kalau pergi pun melawat Muzium Lukut, itupun bila bawa saudara mara atau kengkawan yang datang bertandang. KM selalunya sampai di kaki bukit aja. Baru-baru nie KM ajak adik KM ke atas bukit Gajah mati nie melalui jalah belakang. Kereta boleh naik ke bukit Gajah Mati nie melalui jalan belakang.

Istana Raja Jumaat Kota Lukut

Istana Raja Jumaat di Kota Lukut pada tahun April 1875. [ Image Via : Arkib Negara Malaysia]

Plan Kota Lukut

Pelan Kota Lukut

Info Kota Lukut.

Ok KM nak bagi info tentang Kota Lukut. Info nie dibahagi kepada 3 tokoh iaitu Raja Busu, Raja Jumaat dan Raja Bot.

  • Raja Busu Membuka Lukut.

  • Raja Busu seorang kerabat Diraja yang berasal dari Selangor merupakan pengusaha bijih timah dan bertanggung jawab membuka Lukut.

  • Raja Busu membina istananya di atas bukit yang dikenali oleh penduduk tempatan dengan nama Bukit Gajah mati.

  • Raja Busu mati dibunuh oleh Pelombong cina dan istana baginda dibakar dalam satu pergaduhan pada tahun 1845 apabila Raja Busu menaikkan cukai sebanyak 10% pada tahun 1835. Jenazah Raja Busu yang terbakar telah dibawa ke sebuah bukit di Kampung Kuala Lukut (kini Chuah) yang dimakamkan di sana.

Makam Raja Busu, Kampung Lukut

Makan Raja Busu di kampung Lukut

  • Raja Jumaat Membina Kota Lukut.

  • Raja Jumaat membina Kota Lukut sebagai kota pertahanan serta gudang menyimpan bijih timah.

  • Memajukan Lukut sebagai pusat perdagangan yang mashyur.

  • Raja Jumaat meninggal dunia dalam tahun 1864 dan digantikan oleh anaknya, Raja Bot.

Makan Raja Jumaat serta Ahli Keluarganya

Makan Raja Jumaat serta Ahli Keluarganya di Pekan Lukut

  • Kejatuhan Kota Lukut.

  • Raja Bot mentadbir Lukut setelah bapanya Raja Jumaat meninggal dunia.

  • Kota Lukut diperbesarkan dan diperkuatkan dengan kawalan 30 orang askar Arab bagi menghadapi sebarang serangan musuh.

  • Perjanjian Persempadanan Selangor – Sungai Ujong pada 31 Julai 1880, menandakan berakhirnya era pemerintahan Raja di Lukut. Kota Lukut tidak dihuni lagi.

Itulah serba sedikit infonya, nie KM ada sediakan video masa poie meneroka hari tue (amboi…bahasa)



804 total views, 5 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Calrase Patrick says:

    Menarik sejarahnya 🙂 memang terbaik

  2. topijerami says:

    sejarah yang sangat menarik…
    3 raja yang menarik walaupun yang first berakhir dengan tradegi

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top