Thank You Tauke, Gong Xi Fa Cai.

Thank You Tauke, Gong Xi Fa Cai

Assalammualaikum,

Semalam masa nak balik lunch, KM disapa dari belakang oleh seseorang semasa nak menuju ke kereta.

“Bos nanti.. nanti saya mau bagi lu limau sama kacang”. Oh rupa-rupanya tauke sebelah office rupanya.

” Tauke you belum cuti lagi meh, ini malam mau makan besarkan” tegur KM.

” Ya sikit jam mau tutup workshop maa, mali.. mali.. ambik limau sama kacang”. balasnya

KM pun mengikuti tauke ke depan workshopnya. ” Ini limau sama kacang kasi sama you”.

KM pun menyambut sekotak limau dan 2 bungkus kacang yang dihulurkan.

“Aisey… thank you tauke. Berapa hari you tutup workshop” tanya KM”.

“Esok start sampai 24 haribulan, 25 baru buka”. Jawab tauke

“Tauke Soh mana?” Tanya KM.

“Ah.. lumah maa kasi siap barang2 . You mana mau pegi”. Tanya tauke.

“lunchlah tauke sudah pukul 1”.  Jawab KM

“Oh ok.. ok..” tauke mengangguk

“Thank you tauke, Gong Xi Fa Cai.”

“Ok thank you…thank you” Jawab tauke.

Kemudian KM beredar semula ke kereta.

Buat tauke, rakan-rakan KM yang menyambut Tahun Baru Cina.. Gong Xi Fa Cai

Pssst : Angpow takdo ko? huhuhu

 

 

11,482 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : KM dapek 2 kotak limau, kacang 5 bungkus Angpow RM20 huhuhu
    Kamal Mustafa recently posted…BR1M 2015 Dah Lulus Tapi Duit Tak Masuk Lagi!My Profile

  2. akubiomed says:

    Wah bro KM dapat buah limau dan kacang. 🙂

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top