Tema Hari Kemerdekaan Ke 54 Tahun 2011

Tema Hari Kemerdekaan Ke 54 tahun 2011

Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 ditunda 16hb September 2011

Seperti biasa setiap tahun Negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31hb Ogos. Namun pada tahun ini Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 pada tahun 2011 akan ditunda ke tarikh 16hb September dimana ianya akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia.

Menurut sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Ianya adalah disebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada penghujung Ramadan. Bukannya apa hujung bulan puasa mana orang sibuk nak menyambut raya, mana nak menyambut kemerdekaan. Jadi dah berganda pulak sambutan perayaan tahun nie. Hari Raya dan Hari Kemerdekaan.

Lokasi sambutan hari Kemerdekaan ke 54 pada tahun ini belum lagi ditetapkan tetapi berkemungkinan akan diadakan di Dataran merdeka.

Tema Hari Kemerdekaan Ke 54 tahun 2011

Tema Hari Kemerdekaan Ke 54 tahun 2011 adalah:

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

(Tema Hari kemerdekaan ke 53 pada tahun lalu ialah “1 Malaysia Menjana Transformasi”)

Program Keceriaan Sempana  Hari Kemerdekaan Ke 54 tahun 2011

Fokus utama : Pengibaran Jalur Gemilang di kawasan, bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.

Tujuh kategori yang dipertandingkan:

  • bangunan kerajaan
  • bangunan swasta,
  • kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan Estet, Felda),
  • sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan),
  • taman perumahan,
  • individu
  • pintu gerbang.

Tarikh pelaksanaan / pengibaran Jalur Gemilang : 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos,

Penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah. Maklumat lanjut mengenai pertandingan Hari Kemerdekaan Ke 54 itu boleh didapati di laman web Jabatan Penerangan.

1,045 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. mancai says:

    dah pacak 3 bendera kat depan rumah ni.. nak tambah lagi rasanya… MERDEKA!!!!
    mancai recently posted…kenapa seseorang perlu bekerjaMy Profile

  2. akubiomed says:

    Tahun ini sambutan Hari Kemerdekaan telah disatukan dengan sambutan penubuhan Malaysia pada 16 September. Sepanjang bulan Ogos rumah saya telah berkibar 2 bendera iaitu bendera Malaysia dan Selangor
    akubiomed recently posted…Menjahit kaki seluar Raya abang KoningMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top