Tawaran Pendidikan Sepanjang Hayat, Siapa Nak Join?.

Sekarang sesiapa pun boleh menimba ilmu tak kira usia, bangsa, jantina janji ada hati nak belajar. Peluang dah banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Kenapa tak gunakan. Kalau betul hati tue nak belajar dan menambah pengetahuan takpe. Jangan separuh jalan aje.

JELEBU 22 Feb. – Pendidikan merupakan aspek terpenting buat masyarakat ketika ini memandangkan ia merupakan aset jangka panjang bagi melahirkan generasi yang mempunyai ilmu serta mempunyai kepakaran.

Menyedari hakikat pentingnya aspek pendidikan ketika ini pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan termasuklah menyediakan peluang pelajaran kepada segenap lapisan masyarakat.

Bukan itu sahaja, aspek ini bukan disasarkan kepada generasi muda malahan peluang mendapatkan pendidikan turut diberikan kepada golongan berusia.

Salah satunya ialah penubuhan Kolej Komuniti Jelebu yang dilihat berupaya untuk memberikan pendidikan sepanjang hayat kepada mereka yang masih dahagakan ilmu untuk diamalkan.

Pengarahnya, Mat Misiah Ayob berkata, terdapat dua kursus utama yang ditawarkan kepada para pelajar di kolej berkenaan sama ada mereka memilih untuk kursus penuh atau pun kursus pendek.

”Bagi kursus pendek yang kini dikenali sebagai Program Latihan 1Malaysia meliputi kluster program seperti bahasa, kesenian, kebudayaan dan lain -lain lagi,” katanya.

”Sebanyak empat program yang ditawarkan untuk kursus penuh ialah Sijil Pendawai Elektik Fasa Tunggal (PW2), Sijil Teknologi Pembinaan, Sijil Sistem Komputer & Sokongan dan Sijil Pemprosesan & Kawalan Mutu Makanan,” katanya di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai Program Latihan 1Malaysia, Mat Misiah menjelaskan program ini terbuka kepada semua termasuklah warga emas yang mahu melanjutkan pelajaran.

Malah katanya, ramai di kalangan mereka menjadi usahawan melalui program yang ditawarkan sekaligus membolehkan mereka menjana pendapatan sampingan.

Katanya, sejak penubuhan kolej itu pada tahun 2004, Kolej Komuniti Jelebu telah mengeluarkan graduan sebanyak 1,293 orang yang terdiri daripada pelbagai program disediakan.

Jelas beliau, setakat ini seramai 298 orang pelajar sedang mengikuti kursus yang ditawarkan yang mana sebahaian besarnya mengikuti Sijil Pendawai Elektik Fasa Tunggal (PW2).

Tambah beliau, pelbagai kemudahan turut disediakan kepada para pelajar bagi membolehkan mereka mendapat pendedahan serta maklumat sepanjang mengikuti kursus yang ditawarkan.

”Malah kita juga mempunyai tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dan kebolehan selain lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi membolehkan mereka menjalani pengajian mereka di sini.

”Ini juga sejajar dengan hasrat kami dalam menganjurkan program pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah akses selain menyediakan laluan alternatif kepada pelajar yang tertinggal daripada pendidikan formal,” katanya.

Mat Misiah berkata, kolej ini bukan hanya tertumpu kepada golongan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan tetapi ia terbuka kepada orang ramai untuk melanjutkan pelajaran mereka.

”Kolej ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, malah sijil yang dikeluarkan sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

”Malah yuran pengajian amat berpatutan selain ia membolehkan semua pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS),” katanya.

Jelasnya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kolej Komuniti Jelebu boleh berbuat demikian dengan menghubunginya di talian 06- 6138381 tau melayari laman web di www.kkjel.edu.my.

Kredit Info : http://www.utusan.com.my

866 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. zik says:

    belajar selagi boleh.. nie sekarang nie walaupun dah habis belajar.. masih lagi belajar… belajar sendiri.. bukan untuk master la.. untuk kepuasan sendiri dan juga manfaat bersama…
    zik recently posted…Pencipta mesin pengeluar wang automatik ATMMy Profile

  2. mancai says:

    berapa la agaknya yurannya tu erk?

  3. akubiomed says:

    Memberi peluang kepada yang kurang cemerlang didalam SPM supaya dapat memperbaiki diri dengan kemahiran. Secara tidak langsung akan melahirkan sumber tenaga kerja yang berkemahiran

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top