Tauhu Gantung Berinti, Sekali Rasa Nak Lagi…..

Tauhu Gantung Berinti Juadah Untuk Berbuka

Lama betul tak memasak. Sejak puasa nie boleh kiro berapa kali den masak. Antara rate 1 hingga 10 tontang memasak nie, boleh dikatakan den kat no 8. Bak kato orang kalau campak kek mano-mano boleh hiduplah. Semalam den tambahkan juadah berbuka dengan Tauhu gantung berinti. Pasti korang tahukan. Ada orang panggil tauhu gantung lah,tauhu keringlah,tapi den panggil tauhu gantung sobab eh dio digantung.

Ada orang panggil tauhu gantung lah,tauhu keringlah,tapi den panggil tauhu gantung sobab eh dio digantung. Ini resepi yang paling ringkas dan murah sangat. Budak-budak pun suko. Orang tuo tak cukup 1. Hari ini den nak kongsi resepi Tauhu Gantung Berinti.

Ini resepi yang paling ringkas dan murah sangat. Budak-budak pun suko. Orang tuo tak cukup 1. Cicah dengan sos cili atau tomato.Tauhu gantung berinti nie kena makan copak tak boleh simpan lamo, bukan takut rosak, kalau simpan lamo-lamo dio koreh. Liat sikit nak mengunyah eh. Apo pun pueh atilah.

Resepi Tauhu Gantung Berinti.

  • 2 ikat tauhu gantung – digunting seperti bunga, keluarkan isi didalamnya
  • 2 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 100 gram daging ayam atau lembu – dikisar
  • 1 biji ubi kentang – digoreng dan dilenyek
  • 1 tangkai daun sup – diracik
  • 1 tangkai daun bawang – diracik
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 1 biji telur
  • 1/2 kiub ayam
  • Minyak untuk mengoreng secukupnya.

Cara Masak Tauhu Gantung Berinti.

  • Campurkan semua isi tahu yang dikeluarkan tadi dengan semua bahan-bahan yang lain dalam satu bekas.
  • Kemudian sumbakkan semula kedalam tahu kering tadi. jangan sampai penuh sangat.
  • Goreng tauhu dengan api perlahan sehingga kekuningan.
  • Makan dengan cili atau tomato sos.

Selamat mencuba resepi Tauhu Gantung Berinti

935 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top