Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2011

Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2011

29 Ogos Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2011.

Pejam celik dah 24 hari kita berpuasa. Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Macam biasa setiap tahun kita memang tertunggu-tunggu pengumuman permulaan puasa dan tarikh meyambut Hari Raya Aidilfitri. Sebelum itu kita kena tunggu dulu green light dari Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertanggungjawab menentukan bila tarikh melihat anak bulan ramadhan dan Syawal.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal 2011 pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini. Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Lokasi Melihat Anak Bulan Syawal 2011.

Lokasi yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal 2011 ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.

Di Terengganu tempat melihat anak bulan Syawal 2011 ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal 2011 di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.

Source : Bernama

Pssst : Kalau Melihat Anak Bulan Syawal 2011 di tempat selain diatas boleh tak?.

Post ini telah dilihat sebanyak :1980

8 thoughts on “Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2011

  1. sistem Lunasi, bulan beredar kelilingi bumi dalam tempoh 29.5 dan 30.0.
    Setahun jadi 354 hari sahaja.

    Jadi bulan Hijrah based pada sistem ni, jadi satu bulan mungkin dalam 29hari atau 30hari.

    Harap2 29 hari sajala puasa tahun ni. hehehe.

  2. Mengikut pengiraan Hari Raya jatuh pada hari Selasa 30hb. Walaubagaimanapun kita tunggu tarikh rasmi dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja buat pengumuman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge