Tapak Kaki Nabi Adam AS

Tapak Kaki Nabi Adam AS Di Sri Lanka

Tapak Kaki Nabi Adam AS

Tapak kaki Nabi Adam atau The Adam Peak adalah kesan tapak kaki Nabi Adam AS yang dikatakan berada di Gunung Sri Pada, Sri Lanka. Mereka mendakwa tempat adalah tempat di mana Nabi Adam turun dari syurga.
Pada Zaman Pra Sejarah kira-kira 10000SM, Nabi Adam as diturunkan Allah ke dunia di Sri Lanka dan Isterinya Hawa di Jeddah, Semenanjung Tanah Arab. Bermacam-macam versi sejarah Nabi Adam AS yang kita dengar. Belum lagi kisah Nabi Adam AS dari versi agama Kristian dan Yahudi.

Kaitan Tapak Kaki Nabi Adam AS dengan 4 Agama.

The Adam Peak ini terletak kira-kira 7359 kaki tinggi dari paras laut. Penganut Hindu juga mendakwa terdapat kesan tapak kaki Buddha dan Dewa Shiva di situ.
Berikutan dengan itu gunung ini dianggap suci oleh penganut agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian. Penganut agama Buddha mengatakan bahawa ia adalah tanda tapak kaki kiri Buddha. Penganut Hindu pula mengatakan ia adalah tapak kaki Dewa Shiva.
Manakala penganut Islam dan Kristian di Sri Lanka mendakwa ia adalah tapak kaki Nabi Adam As, manusia pertama yang diturunkan ke bumi dari syurga. Sehingga ada yang mengatakan Sri Lanka adalah pintu ke syurga.

Video Tapak Kaki Nabi Adam AS.

Mungkin ada kebenarannya ianya tapak kaki Nabi adam as. Ini kerana Rasulullah pernah mengatakan di dalam hadisnya bahawa Nabi Adam itu amat tinggi dan besar orangnya.

Baginda juga adalah ciptaan Allah swt yang paling rupawan dan sempurna kejadiannya. Baginda juga di katakan setinggi 20 meter dan sekiranya mengelilingi dunia Baginda hanya mengambil masa selama 26 hari sahaja untuk sampai. Kerana itu beliau bertemu pasangannya Siti Hawa dalam masa yang singkat.

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda “Allah menciptakan Adam dalam bentuknya setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya, Allah berkata: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada kelompok itu, yaitu beberapa malaikat yang sedang duduk, dan dengarkanlah apakah jawapan mereka kerana itulah ucapan selamat untukmu dan keturunanmu. Maka Adam pergi menghampiri lalu mengucapkan: “Semoga keselamatan bersama kalian”. Mereka menjawab: “Semoga keselamatan dan rahmat Allah bersama kalian”. Mereka menambahkan “rahmat Allah”. Maka setiap orang yang memasuki syurga itu seperti bentuk Adam yang tingginya enam puluh hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang.” Hadis riwayat Muslim

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pohon (sangat besar dan rendang) sehinggakan seseorang mengelilinginya, maka masa 100 tahun, belum cukup baginya.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Gambar-gambar di bawah adalah replika baju mengikut ukuran Nabi Adam AS dalam hadis diatas. Projek yang dijalankan oleh orang Arab ini menunjukkan beginilah lebih kurangnya saiz baju Nabi Adam AS.

Link Post Ini : Tapak Kaki Nabi Adam AS

148 total views, 4 views today

Tags: , , , , , , , ,

9 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    “Gambar-gambar di bawah adalah replika baju mengikut ukuran Nabi Adam AS dalam hadis diatas. Projek yang dijalankan oleh orang Arab ini menunjukkan beginilah lebih kurangnya saiz baju Nabi Adam AS.”

    Read more: http://kamalmustafa.com/tapak-kaki-nabi-adam-as.html#ixzz3Bkav3zbA
    Kamal Mustafa recently posted…1001 khasiat dan kebaikan Maajun WarisanMy Profile

  2. widiea says:

    tu baju siapa yg jahit,, masa beliau belum ada mesin jahit,, wah tu ngarang.!

  3. Subhanallah besar sekali ya Nabi Adam, masuk logika dunia semakin sempit jadi ukuran orang semakin kecil
    obat asam urat recently posted…Asef dengan mengkonsumsi XAMthone plus Migrain sembuhMy Profile

  4. sam says:

    Sejarah tapak kaki di Siri Pada bermula dari orang tempatan Sri Lanka yang beragama Hindu dan Buddha berkurun sebelum kemasukan Islam ke Sri Lanka. Barangkali kepercayaan bahawa tapak kaki tersebut milik Nabi Adam adalah ciptaan orang Kristian dan Islam Sri Lanka. Biar apapun,jelas kewujudan Siri Pada yang sekarang adalah suci untuk 4 agama Sri Lanka menunjukkan keterbukaan penganut agama Hindu dan Buddha Sri Lanka.

  5. dayangku says:

    punya main besar baju nabi adam ….manusia tiada juga yang besar bajunya…

  6. apong says:

    bah besarnya tapak manusia pertama. Dan ada lg tapak manusia seperti itu yg terletak d kepulauan tawi-tawi, filipina. Mengikut ceta org2 tempatan, ianya muncul selepas kejadian tsunami besar d ache, indonesia. Dan mengikut ceta org2 tempatan ianya mempunyai 2 tapak kaki tetapi tempat berbeza dgn jarak yg jauh. Tetapi tapak ni masih lagi belum d saksikan oleh orang luar.

  7. Property Search says:

    Nice post. Thanks for sharing.

  8. nora aziz says:

    Mungkin ada kebenarannya ianya tapak kaki Nabi adam as. sebab Rasulallah pernah mengatakan di dalam hadisnya bahawa Nabi Adam itu amat tinggi dan besar orangnya. Baginda juga adalah ciptaan Allah swt yang paling rupawan dan sempurna kejadiannya. Baginda juga di katakan setinggi 20 meter dan sekiranya mengelilingi dunia Baginda hanya mengambil masa selama 26 hari sahaja untuk sampai. Kerana itu beliau bertemu pasangannya Siti Hawa dalam masa yang singkat.Wallah hualam.

  9. zik says:

    besarnya tapak kakinya tuh… kat atas bukit ya… baru tahu nie bro..

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top