Suri Rumah Paling Ramai Berniaga Secara Online.

Assalamualaikum

Percaya tak surirumah adalah antara mereka yang paling ramai berniaga secara online. Kalau korang login ke facebook aja rata-rata yang promote produk dalam facebook adalah wanita. Ini kerana suri rumah mempunyai masa yang agak fleksibel untuk memulakan perniagaan dirumah dan mempromosikan secara online.

Buat Duit Online

Sekarang nie ramai yang mengeluh perbelanjaan melebihi pendapatan. Mana tidaknya, dapat aja gaji hujung bulan gedebak-gedebuk dah habis. Ramai pulak yang tak happy, kerana bekerja setiap hari sampai gear 5, alih-alih gaji habis dek bayar hutang dan perbelanjaan bulanan sahaja.

Sebenarnya ramai yang berminat nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan, tapi tak cukup idea, tak berani mencuba atau tak mempunyai modal yang mencukupi. Pada pendapat KM, nak memulakan perniagaan tak semestinya memerlukan modal yang besar. Lebih lebih lagi dengan adanya internet, semuanya di hujung jari.

Sekarang kalau nak berniaga tak perlu keluar dari rumah. Berniaga dari rumah aja pun dah boleh. Statistik menunjukkan bahawa surirumah adalah antara mereka yang paling ramai berniaga secara online. Kalau korang login ke facebook aja rata-rata yang promote produk dalam facebook adalah wanita.

KM sendiri pun berjinak jinak dengan perniagaan dengan modal rendah. Perniagaan yang tak perlu modal langsung pun KM dah buat. Alhamdullilah masyuk…

9 Idea Buat Duit Online

Ok di sini, KM senaraikan 9 idea dan panduan memulakan perniagaan yang sesuai bagi wanita. Khas untuk surirumah. Yang lelaki pun buleh yo buek tak salah doh!

(1) Berniaga roti, bun dan pizza – Berniaga makanan adalah perniagaan paling mudah mendapat sambutan. Apa lagi kalau makanan sedap dengan harga berpatutan. Mulakan secara kecil kecilan dengan menjualnya kepada jiran-jiran. Kebanyakan surirumah mungkin malas nak keluar membeli sarapan di luar. Jadi, gunakan peluang yang ada untuk mempromosikan product anda. Cipta product yang unik dengan pelbagai perisa yang sukar di dapati di kedai. Tentu ramai sukakannya.

(2) Berniaga putu piring dan putu bambu – Kalau korang ke pasar malam, cuba perhatikan tak ramai yang berniaga putu piring dan putu bambu. Kenapa agaknya ya?. Ya kalau korang ada resepi putu piring dan putu bambu yang betul-betul sedap kalau jual memang laris. Hanya seorang aja yang berniaga putu piring dan putu bambu di tempat KM. Pelangan memang ramai tak putus-putus. Korang boleh cuba idea nie.

(3) Perniagaan coklat buatan tangan – Coklat bukan saja mempunyai ramai peminat. Ianya mempunyai nilai komersial yang tinggi. Coklat yang mempunyai rasa yang sedap dengan reka bentuk menarik tentu menjadi perhatian ramai di majlis majlis perkahwinan mahu pun majlis sambutan ulang tahun kelahiran. Link tersebut membolehkan seseorang yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan coklat homemade ini melakukannya dengan kos permulaan yang sangat minimum.

(4) Bisnes tudung – Trend bertudung sekarang semakin menjadi jadi. Kalau dulu orang cuma kenal tudung bawal. Sekarang penjenamaan semula tudung dengan pelbagai nama menarik kian mendapat tempat. Tudung pada masa kini bukan saja menjadi pakaian wanita untuk menutup aurat. Malah turut menjadi satu trend fashion.

(5) Baju kurung tradisional – Kalau dah dekat nak raya, ramai yang kelang kabut nak cari tukang jahit. Nak hantar ke kedai jahit takkan diterimanya, alangkah bagus kalau boleh buat baju sendiri dan keluarga. Upah menjahit baju kurung biasa tradisional sekarang mahal kemain kan. Paling murah RM50.. Kadang-kadang boleh cecah sampai RM70-80.. Kalau dah tau asas menjahit baju kurung, boleh la pelbagaikan. Bukan sekadar ambil upah menjahit. Boleh keluarkan jenama sendiri untuk dipasarkan pulak.

(6) Berniaga kuih raya – Selalunya sebulan lagi nak puasa, ramailah yang mula bisnes jual kuih raya. Percayalah ramai yang malas dan tak sempat nak buat sendiri. So ini lah peluang nak cari duit raya lebih untuk anak-anak. Sekarang dah mudah nak pasarkan, pasaran meluas ke seluruh Malaysia dengan adanya kemudahan internet. Tinggal kena tahu teknik tekniknya saja.

(7) Menjual roti canai dan murtabak sejuk beku – Makanan sejukbeku dah jadi trend masa sekarang. KM sekarang pun berniaga makanan sejuk beku dirumah. Ianya mudah disediakan dan jadi back up sebagai hidangan pada bila bila masa saja. Untuk sarapan pagi, kadang malas nak keluar rumah kan.

(8) Perniagaan kek cawan – Kek cawan bukan sekadar hidangan. Ianya adalah satu seni. Kek cawan yang dihias cantik boleh dijadikan hantaran ketika majlis pertunangan dan perkahwinan. Boleh juga dihidangkan semasa majlis harijadi. Malah walau pun kecil, modal kecil, sekiranya dihias dengan cantik, harganya boleh memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda.

(9) Jadi dropshipper – Ini yang paling mudah. Takperlu modal langsung. Dropship adalah satu term yang zaman dulunya kita panggil wakil jualan. Wakil jualan tak perlu keluarkan modal sediakan stok. Cuma perlu tolong promote barang dan dapat komisyen daripadanya bila barang dapat dijual. Pastikan kita promote tu penjualnya amanah. Ye lah.. Nanti dah jual banyak tak dapat pulak komisyennya.. Menjadi affiliate juga adalah satu cara menambah pendapatan yang bijak sebab biasanya jadi affiliate percuma ajo.

Inilah 9 idea yang KM rasa sesuai untuk korang cuba dirumah. Kalau nak disenaraikan betul betul. Ada 1001 satu macam jenis perniagaan boleh diceburi. Yang penting kena rajin belajar dan komited pada matlamat.

Sambil-sambil berniaga tue, fikirkan pelaburan terbaik untuk melaburkan pendapatan daripada perniagaan yang diceburi tu. Kenapa? Kerana, inilah yang dapat membantu kita dari belenggu masalah kewangan. Lagi satu kalau boleh jangan berhutang.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”( HR al-Baihaqi)

Selamat berjaya.

8,117 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Wahyudi says:

    artikel bagus enak untuk dibaca, tulisanya Lugas
    dan juga Bermanfaat untuk saya

  2. zik says:

    biasa suri rumah dapat sedikit sebanyak luangkan masa ketika sambil2 buat kerja rumah tuh. .bolehlah surf internet.. cari sedikit ilmu dan info baru..

  3. akubiomed says:

    Bantuan perniagaan dari segi modal dan teknikal juga banyak dihulurkan oleh pihak kerajaan.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top