Sujud Legakan Sistem Pernafasan.

Sujud Legakan Sistem Pernafasan.

Mungkin ramai dikalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmat yang tersembunyi ketika bersujud. Pada hal kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia,malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau dek akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam 2 bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi laranganya.

Ulama mengatakan syjud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain bersujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh
  • Melegakan sakit hernia. (Burut)
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
  • Melegakan paru-paru dari ketegangan
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian pelvis
  • Memberikan dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada,leher,perut serta punggung ketika sujud dan bangun daripada sujud.
  • Pergerakan otot itu akan menjadi leboh kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • Mengurangkan kegemukan.
  • Pergerakan otot memudahlan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit gelombang perut (convulsions).
  • Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke ptak secara kuat dan mengejut serta terhindar dari penyakit saluran darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Allah SWT Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sikap sombong,riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Namun begitu, setelah mengetahui betapa banyaknya manfaat sujud kepada kita, janganlah pula kita hanya melakukan sujud sahaja tanpa solatnya. Walaupun solat hanya LIMA waktu yang wajibm namum masih sukar bagi kita melakukanya. Dari itu apa kata bagi anda yang liat untuk menunaikanya, praktikkanlah dengan seikhlas hati dan penuh tanggungjawab. Perkara wajib ini usahlah dipandang remeh kerana azabnya hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui.

P/S : Article ini ditujukan khas buat semua manusia di Malaysia yang beragama Islam termasuk KM jugak.

820 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Ada kajian oleh Dr. Fatimah dari UM mengenai kebaikan solat

  2. Kidney Expert says:

    Subhanaalah maha agung dan hebat ciptaan Allah.
    Kidney Expert recently posted…10 Langkah Untuk Elakkan Penyakit Buah PinggangMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top