Spongiforma Squarepantsii Guna Nama SpongeBob SquarePants.

SpongeBob SquarePants & Spongiforma Squarepantsii

Kaitan Spongiforma squarepantsii, SpongeBob SquarePants Dengan Malaysia.

Spongiforma squarepantsii ialah satu spesies kulat dalam famili Boletaceae, genus Spongiforma. Kulat yang ditemui di Malaysia ini diperikan sebagai baru kepada bidang sains pada tahun 2011. Nama saintifik kulat ini berasal dari nama watak kartun SpongeBob SquarePants.

Penemuan Dan Penamaan Spongiforma squarepantsii.

Spesies ini julung kali dihuraikan secara saintifik di Internet pada Mei 2011 dalam jurnal Mycologia, berasaskan spesimen-spesimen yang dikumpul di Taman Negara Bukit Lambir, Sarawak, Malaysia, pada tahun 2010.

Nama genus Spongiforma memaksudkan sifat kandul spora yang seakan bunga karang, sementara nama julukannya, squarepantsii menandakan keserupaannya dengan watak kartun tersebut. Selain itu, para pengarang juga mendapati bahawa permukaan bersporanya agak menyerupai “dasar laut yang dilitupi bunga karang tubul, seakan-akan tempat tinggal SpongeBob” apabila dilihat dengan mikroskop elektron pengimbas.

Kandul spora Spongiforma squarepantsii berwarna jinga cerah, dengan matra selebar 3–5 cm (1.2–2.0 in) dan setinggi 2–3 cm (0.8–1.2 in). Bentuknya lebih kurang berbentuk sfera atau telur, tanpa batang. Pada permukaannya ada rabung-rabung dan lekuk-lekuk yang dalam seakan-akan otak. Kulat ini liat dan seakan-akan span — jika air dipancut keluar, ia akan pulih kepada bentuk asal dengan sendiri. Permukaannya juga ada rongga-rongga (lokul) yang agak besar dan tidak tetap bentuknya, berlapik dengan tisu yang subur (menghasilkan spora). Kandul sporanya mempunyai bau yang kuat, baik seharum buah-buahan mahupun tengik. Tisu cendawan menjadi ungu apabila dikenakan setitis 3–10% kalium hidroksida.

Sporanya yang berbentuk buah badam itu ukurannya 9.5–12.5 kali 6–7 μm dengan dinding yang setebal 0.5–1.2 μm. Dalam tisu kulat ini tiadanya sambungan pengapit.

Habitat Spongiforma squarepantsii.

Spongiforma squarepantsii ditemui di tanah Taman Negara Bukit Lambir, negeri Sarawak, Malaysia

Lain-lain info tentang Spongiforma squarepantsii.

Kredit Info : Wikipedia

993 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

11 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. rahman says:

    Span basuh pun boleh jadi isu 🙂
    rahman recently posted…Biografi Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XIV (14)My Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    @Mus : Kulat tue yang guna nama SpongeBob SquarePants.

  3. Mus
    Twitter:
    says:

    menarik juga nama tu..
    siapa tiru siapa ni?
    Mus recently posted…Penari Cilik Di Atas LepaMy Profile

  4. Kamal Mustafa says:

    @azmanisma : Takdo saman-saman, dah iktiraf pun.

  5. azmanisma
    Twitter:
    says:

    he3..macam2..jgn ada saman menyaman dah..
    azmanisma recently posted…Entry GatalMy Profile

  6. Malaysia Coin says:

    Tengok mula-mula tadi pun ingatkan batu karang…. 🙂

  7. spongebob tipu..yg ni btul2 nye..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted…Proton Preve’ : Traction Control & BAMy Profile

  8. Kamal Mustafa says:

    @anif : Spongiforma Squarepantsii yang kena bayar SpongeBob Royalti. Hahaha

  9. akubiomed says:

    Nama Malaysia bakal terkenal dengan penemuan spesis baru kulat.
    akubiomed recently posted…My #toshibaultrabook Z830 lebih ringan daripada kotak peralatan AkuBiomedMy Profile

  10. samanosuke_04 says:

    aku datang sini sebab spongebob.. huhuhu, tak berminat sgt ngan kulat tue XD
    samanosuke_04 recently posted…Akhirnya Aku Dapat Main Dota 2!!My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top