Siapo Yang Tak Nak Traffic bertingkek-tingkek?

Traffic Tinggi Ke Blog.

Siapa yang tak suka trafik tinggi ke blog mereka. KM selalu juga menjenguk beberapa blog yang boleh dikatakan Meletop di Malaysia nie. Terus-terang pemilik blog nie memang hebat. Walaupun dalam sebulan tiada satu pun post dalam blog diorang tapi masih lagi boleh maintain traffic hebat.

Siapo Yang Tak Nak Traffic bertingkek-tingkek

Kalau nak dibandingkan dengan blog KM yang seperti “melukut ditepi gantang” nie memang tak setanding la. Apalah agak eh rahsianya?. Haaa itu bab lain.

Unique Visitors Tue Apa Maknanya?

Mungkin ramai dah tahu, KM just refresh semula aja. Untuk memahami makna Unique Visitors, kita kena faham dulu apa makna Hit atau Views

Hit / Views : Berapa kali orang masuk melawat blog kita.

Unique Visitors : Berapa orang yang masuk blog kita menggunakan IP address yang baru. Kiranya macam cap jari dalam talian, dan Unique Visitors ini dikira sekali sahaja tidak kira berapa kali mereka melawat laman web tersebut.

Sebagai contoh :

Pada pukul 1.00am, Bro Shakiddo dan Bro Akubiomed melawat blog KM. Kemudian keluar. Ini dikira 2 Unique Visitors dan 2 view.

Pada pukul 2.00am, Bro Shakiddo datang balik melawat blog KM. Ok untuk lawatan kali ini Unique Visitors tidak direkodkan kerana sebelum nie Bro Shakiddo dah datang bertandang. sebaliknya view bertambah menjadi 3.

Pada pukul 3.00am, Madam Red Mummy datang menerjah blog KM. Sekarang Unique Visitors menjadi 3 dan view pula 4.

Faham tak?… begitulah seterusnya… Jadi kalau korang ada 10,000 Unique Visitors ini bermakna 10,000 pelawat baru datang menyinggah ke blog korang

Seronokkan… nombor-nombor inilah yang ingin dilihat oleh syarikat iklan atau mereka yang banyak duit nak meletakkan iklan di blog korang. Ada yang melihat kepada jumlah Unique Visitors, ada yang melihat kepada berapa banyak view.

Unique Visitors Di Blog kamalMustafa.com Untuk Bulan Januari 2015.

Traffic Tinggi Ke Blog

KM guna AWStats untuk lihat jumlah Unique Visitors dan views untuk bulan Januari 2015. Figure yang Nuffnang beri pun tak jauh bezanya. Alhamdullilah, peningkatan nampaknya.

Psst : Kau Mampoo …. guna nama blogger lain untuk contoh… jangan marah haaa 🙂

8,759 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

10 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Zik : betul tue, kebanyakan company iklan nak tengok pageview
    Kamal Mustafa recently posted…BR1M 2015 Dah Lulus Tapi Duit Tak Masuk Lagi!My Profile

  2. zik says:

    kalau pageview banyak maknanya blog tuh memang isi dia meletup.. walaupun page-views sikit jer…

  3. Kamal Mustafa says:

    @pusat grosir mukena : Sama-sama kembali
    Kamal Mustafa recently posted…BR1M 2015 Dah Lulus Tapi Duit Tak Masuk Lagi!My Profile

  4. pusat grosir mukena says:

    ilum yang sangat bermanfaat terima kasih atas sharingnya yang sangat bermanfaat

  5. Smartphone Service Centre says:

    Tulisan yang cukup menambah pengetahuan, salam kenal dari Indonesia

  6. syutrav says:

    @Kamal Mustafa jika demikian , Terima kasih atas infonya.. hehe

  7. Kamal Mustafa says:

    @syutrav : Sy hanya menjelaskan maksudnya unik visitor tue, utk informasi sahaja.
    Kamal Mustafa recently posted…Thank You Tauke, Gong Xi Fa Cai.My Profile

  8. syutrav says:

    Sejujurnya saya masih sangat kurang mengerty untuk perhitungannyaa kak..

    Penjelasan lebih rincianya mungkin akan cukup membantu saya yang masih pemula ini

  9. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Betul tue Bro Azrin. Kena usaha lebihlah untuk menarik banyak unik trafik ke blog kita.
    Kamal Mustafa recently posted…Siapo Yang Tak Nak Traffic bertingkek-tingkek?My Profile

  10. akubiomed says:

    Bukan mudah untuk mendapat unik trafik yang tinggi. Kalau Page View mungkin ramai yang boleh dapat.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top