Seniwati Datin Umi Kalthum Meninggal Dunia

Seniwati Datin umi kalthum meninggal dunia

Seniwati  Veteran Datin Umi Kalthum Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Seniwati veteran iaitu Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah salah seorang anaknya di Taman Melawati dekat sini pagi Rabu.
Anak Allahyarham Datin Umi Kalthum, pelakon Noorkumalasari berkata, ketika kakak sulungnya hendak mengejutkan Allahyarham untuk bersahur kira-kira pukul 4 pagi, Umi Kalthum sudah tidak bergerak.
“Ketika kakak saya bersiap untuk bersahur, kakak pergi kejutkan ibu di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pagi Rabu.
Noorkumalasari berkata, Allahyarham Datin Umi Kalthum tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah usia 81 tahun. Malah ketika bertemu dengannya kira-kira dua hari lalu, Allahyarham tidak menunjukkan perubahan sebaliknya aktif berbual seperti biasa.
“Semasa saya berjumpa dengannya, saya bawakan dia sambal bilis dan kami sempat berborak sambil gelak katawa.
“Tiada apa-apa perubahan terhadap dia sehinggalah dia meninggal dunia pada hari ini (Rabu),” katanya.

Allahyarham Datin Umi Kalthum Kerap Ke Mekah.

Menurut Noorkumalasari, Allahyarham Datin Umi Kalthum juga tidak meninggalkan apa-apa pesan tetapi selepas kematian suami iaitu pelakon S Roomai Noor kira-kira 17 tahun lalu di Mekah, Allahyarham Datin Umi Kalthum kerap berkunjung ke Tanah Suci itu seolah-olah mahu melepaskan rindu kepada suami.
Semasa hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang digandingkan dengan Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.
Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.
Hasil perkahwinan Allahyarham Datin Umi Kalthum dengan S Roomai Noor, beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu dan seorang cicit.
Seorang lagi anak Allahyarham ialah penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan pertama S Roomai Noor dengan seniwati Siput Sarawak.
Jenazah Allahyarham Datin Umi Kalthum dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang dekat sini sebelum solat Zuhur pada Rabu.

Terkenang KM dengan lagu Tunang Pak Dukun Nyanyian Allahyarham Datin Umi Kalthum

Semoga Roh Allahyarham Datin Umi Kalthum dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

1,050 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. suri says:

    lagenda yang tak dapat di lupakan

  2. suri says:

    yang lama tak akan ada pengganti sepertinya

  3. suri says:

    saya tercari2 gambar dia di emdan google tapi tak berapa pasti orgnya.kat sini baru saya kenal milik siapakah wajah itu

  4. suri says:

    al fatihah..untuk keluarganya..

  5. Mus
    Twitter:
    says:

    perginya insan seni ni harapnya akan ada pengganti yang berbakat sepertinya..

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top