Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat.

Pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama 8 Ogos 2013, genap 100 hari pulangnya ke rahmatullah MakSu KM. Tahun ini memang terasa kurang meriah kerana arwah tiada apabila semua sanak saudara berkumpul dirumah KM. Ayah KM anak yang sulung jadi memang menjadi  tradisi rumah KM akan diserang selepas sembahyang hari raya.

Sedih juga mengenangkan sepupu-sepupu yang antaranya 3 masih kecil lagi. Semoga Pak Su tabah membesarkan anak-anaknya.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Hari Raya Aidilfitri memang disambut secara sederhana. Aktiviti KM sepanjang cuti raya tahun ini.

Raya pertama sebelah pagi, KM tidak kemana hanya bertandang ke rumah saudara-mara terdekat dan melayan saudara mara yang datang beraya. belah petang KM ke Sungai Buluh ikut adik KM beraya.

Raya kedua, KM ke Kuala Pilah ke rumah Pak Long sebelah Omak dan ke rumah Besan Omak di Pasoh 4.

Raya ke tiga KM ke Lenggeng dan Beranang beraya di Rumah saudara sebelah Ayah dan Omak.

Raya ke empat, KM dok rumah berehat,

Raya Ke lima, KM ke Johor beraya rumah adik ipar. KM first time memandu ke Johor.

Raya Ke enam, KM dok rumah berehat,

Raya Ke Lapan dan Sembilan, KM kerja 1/2 hari kerana ada tender perlu disiapkan sebelum tarih tutup.

Raya Ke Sebelas, KM dikejutkan oleh dengan berita pulangnya ke rahmatullah Mak Teh KM, adik ke empat Ayah. Tamparan hebat untuk Ayah 2 adik kandungnya meninggal dunia tahun ini. Ini adalah raya terakhir buat Mak teh. Semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Mood raya dah takde laie…. hati pilu…

3,099 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Al Fatihah. Tahun ini saya dan sekeluarga tanpa ayah disisi buat pertama kalinya.
    akubiomed recently posted…Membidik Silvery Lutung di Bukit MelawatiMy Profile

  2. suri says:

    semoga mereka aman dna bahagia di sana.amin.ucapan takziah saya ucapkan pada sahabat km sekeluarga
    suri recently posted…http://blogkering.comMy Profile

  3. suri says:

    jauhnya KM berjalan-jalan saya beraya dekatmelaka dan iph jer itu pun tka semua kami smeopat singgah hee sb suami mula masuk kerja awal.
    suri recently posted…http://blogkering.comMy Profile

  4. suri says:

    sy pula rindu pd kedua bang llki saya.mereka meninggal masa kecil lagi.sungguhpun sy tak pernh jumpa tapi sy rindu kan arwah.kalau mak kata kalau arwah bang2 suri hidup umur dia skrg mungkin sedewasa ini…

    sedihkan..mak saya bt saya teruju lantas apa kita nak buat selain doa.satu carnya kalu nak jumpa wajah2 ini kita mesti bt amalan yg baik dan amalan mulia moga2 kita akan jumpa mereka di sana.
    suri recently posted…http://blogkering.comMy Profile

  5. suri says:

    moga km dapat mengawal hati hiba dengan lebih baik.
    suri recently posted…http://blogkering.comMy Profile

  6. suri says:

    salam..
    sabarlah km yang pergi tetp akan pergikalau kita syg mereka kita rindu pd mereka maka kita hadiahkan doa2 ataub acaan ayat suci pd mereka..

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top