Selamat Tahun Baru 2012

selamat tahun baru 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Dalam beberapa jam lagi kita akan meninggalkan tahun 2011. Banyak sungguh perkara yang berlaku tahun 2011 nie. Pahit manis semuanya ada. Peperangan masih belum reda sepenuhnya, bencana alam berlaku di sana-sini. Tempiasnya….emmm KM rasa bukan tempias lagi nie dah jadi malapetaka kepada umat sejagat.

Mungkin inilah amaran dari Allah yang manusia nie sudah melampaui batas. Manusia bertindak atas kuasa yang ada pada mereka. Apa pun berlaku kita harus redha dan menerima ketentuan yang Allah turunkan kepada kita. Perbanyakkan berdoa agar senantiasa dipelihara dari gangguan syaitan yang direjam.

Apa Azam Tahun Baru?.

Apa azam anda tahun baru nie?. Soalan yang sinonim bila tiba tahun baru. Azam KM dah tetap dan tak nak ubah-ubah lagi….“KM Berazam Untuk Jadikanlah Hidup Ini Lebih Bermakna”. Sekurang-kurangnya seumur hidup yang kita ada nie diwarnai dengan perkara-perkara yang boleh dibanggakan. Tidak kiralah perkara itu kecil atau besar. Apa yang nak dibanggakan. Banyak yang boleh kita banggakan. Kita boleh berbangga menjadi anak yang berguna, kita berbangga menjadi bapa atau ibu yang bertanggung jawab, kita berbangga menjalankan tanggujawab kepada negara. Haa yang nie banyak dilaksanakan masa mengundi.

Di kesempatan ini KM ingin mengucapkan Selamat tahun baru 2012 kepada semua member-member blog KM nie, terutamanya kepada bro Azrin pemilik blog Akubiomed.com kerana menjadi pengomen yang paling banyak meninggalkan komen di blog KM nie. Juga kepada semua pengunjungi blog ini secara tidak langsung.

Selamat Tahun Baru 2012.

715 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Selamat melangkah tahun baru dengan azam yang baru.
    akubiomed recently posted…Video lamaran Timothy Tiah yang sweetMy Profile

  2. anif
    Twitter:
    says:

    Semoga tahun 2012 akan jadi lebih gemilang 😀
    anif recently posted…Selamat Menyambut Kedatangan 2012My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top