
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 Maaf Zahir & Batin.
Hari Raya Aidilfitri tiba lagi. Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Semoga Allah menerima puasa kita. Dapatkah kita menemui Ramadhan lagi. Semoga Allah memanjangkan usia kita dan memberikan kita tubuh badan yang sihat untuk menjalankan suruhanNya.
Dikesempatan ini KM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua member-member bloggers dan pengunjung blog KM sekalian. Hari ini kalau nampak anak bulan, rayalah kita esok. Kalau tak nampak kita raya hari Rabu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 Dan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 54
Jadi kita juga akan menyambut Hari kemerdekaan Malaysia Ke 54 pada hari yang sama. Namun begitu sambutan Hari Kemerdekaan Ke 54 akan ditunda ke hari lain bagi memberi laluan kepada Hari Raya Aidilfitri 2011.
KM juga nak juga mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa ketika KM membuat post dalam blog KM serta ketika KM meninggalkan komen di blog korang. KM start cuti hari sabtu 27 Ogos 2011. Kalau hari biasa pun hari Sabtu memang KM cuti. KM mula berkerja pada 5 Sept 2011.
Kepada mereka yang balik kampung, KM sarankan korang periksa dahulu rumah korang. Dah berkunci ke belum, kepala tong gas dah cabut ke belum, kepala paip air dah kunci ke. Kalau ada jiran korang yang tidak balik kampung, mintaklah diorang tengok tengokkan rumah semasa korang tiada nanti.
Raya belum pun tiba dah bermacam-macam kemalangan yang berlaku. Nyeri KM tengok. Kesian pun ada. Jadi berhati-hatilah dijalan raya. Kalau mengantuk, berehat dahulu sambil-sambil mendengar lagu raya. Jangan menambahkan lagi statistik kemalangan jalan raya.
Bila tiba raya bermacam juadah tersedia,KM nak ingatkan biar makan berulang, jangan terlebih makan, haaa fahamkan semula ayat-ayat tue.
Tahun nie susah pulak nak tukar duit kecik dan baru. Untuk beri duit raya pada budak-budak. KM masuk 4 bank, langsung tak dapat. Lastly tukar kat kedai mamak aje. Duit lama pun lamalah. Janji ada.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Post ini telah dilihat sebanyak :1593
@musi : Selamat Hari Raya Aidilfitri Juga.
Salam;
selamat raya maaf segala kekhilafan semoga panjang umur dan sejahtera selalu
selamat hari raya bro kamal.. hati2 pulang ke kampung…
zik recently posted…Pengumuman raya 2011, bersamaan 1432H (versi kelakar)
arrayah.info : Jika 30 Ogos 2011 Raya, Di Manakah Lokasi Anak Bulan Kelihatan?
selamat hari raya bro…jgn main mercun sgt…bagi la budak2 tu main…hehe
jasman recently posted…1 Syawal Jatuh Pada 30 Ogos…
selamat hari raya kami sekeluarga ucapkan….maaf zahir dan batin…
Norizwan recently posted…Salam Aidilfitri Dan Selamat Hari Merdeka
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari blog.hariz
ProfHariz recently posted…Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H
Salam Lebaran. Maaf, zahir dan batin
akubiomed recently posted…Salam Aidilfitri kepada sahabat blogger