Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H/2013M

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H/2013M Maaf Zahir & Batin

Sebelum bercuti, KM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua member-member bloggers dan pengunjung blog KM sekalian. Hari ini kalau nampak anak bulan, rayalah kita esok. Kalau tak nampak kita raya hari Jumaat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

KM juga ingin mengambil kesempatan untuk mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa ketika KM membuat post dalam blog ini serta ketika meninggalkan komen di blog korang. KM akan mula bercuti hari Rabu 07 Ogos sehingga Jumaat 16 Ogos 2013.

Destinasi raya tahun ini KM akan ke Kuala Pilah, Pasoh, Melaka dan mungkin akan ke Pontian Johor poie berayo ke rumah adik ipar. Tapi kena tunggu green light dari adik ipar KM dahulu kerana dia kena bekerja tahun ini.

Sebelum keluar rumah pastikan semua paip air ditutup, suis dan plug dicabut, kepalo gas dicabut. Ini semua untuk keselamatan.

Bila tengok berita di TV ada aja kemalangan maut yang berlaku. Jadi berhati-hatilah memandu dijalan raya. Kalau mengantuk, berehat dahulu sambil-sambil mendengar lagu raya.

Kalau berkesempatan KM akan cuba update blog. Kepada yang mencongak-congak budget dah lari masa raya dan ingin menambah pendapatan semula lepas raya bolehlah cuba-cuba belek Ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Korang takkan menyesal baca ebook ini.

625 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

7 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. suri says:

    moga raya kali ini kita akan lebih bahagian aman bila saling bermaafan..
    suri recently posted…http://blogkering.comMy Profile

  2. suri says:

    selamat hari raya selama sebulan tu heee..
    suri recently posted…http://blogkering.comMy Profile

  3. suri says:

    ada duit raya untuk saya tak?
    suri recently posted…http://blogkering.comMy Profile

  4. suri says:

    salam
    selamat hari raya km.. wah cuti lama jalan jauh ni heee
    suri recently posted…http://blogkering.comMy Profile

  5. blackrosehunter
    Twitter:
    says:

    selamat hari raya bro.. 🙂

  6. hafiz
    Twitter:
    says:

    Selamat hari raya KM
    hafiz recently posted…Menurunkan berat badan selepas rayaMy Profile

  7. akubiomed says:

    Selamat menyambut Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Tahun ini ada buat lomang bro?
    akubiomed recently posted…Wordless Wednesday – Salam LebaranMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top