Satelit RazakSAT Bernilai RM142 Juta Gagal Berfungsi Sepenuhnya.

Satelit RazakSAT bernilai RM142 juta Mengalami Kegagalan.

Satelit RazakSAT merupakan salah satu satelit pemetaan yang membawa kamera bersaiz sederhana, berresolusi hitam putih 8.2 kaki (2.5m) dan warna kira-kira 16.4 kaki (5.0m). RazakSAT mengorbit bumi pada kecondongan 9 darjah melepasi Malaysia sebanyak 12 kali sehari. Imej yang diambil oleh RazakSAT akan digunakan untuk penyelidik, pengguna komersil dan agensi kerajaan.

Belum hampir setahun dilancarkan, Satelit RazakSAT yang bernilai RM142 juta mengalami kegagalan berfungsi menyebabkan ia mengambil 1.328 imej pemetaan yang tidak berguna dan tidak tepat sehingga 37 kilometer.

Syarikat Astronautic Technology Sdn Bhd Yang Mengoperasi Satelit RazakSAT Kerugian RM10.89 Juta

Syarikat Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB) mengalami kerugian sebanyak RM10.89 juta pada 2009, iaitu sebanyak RM 7.7 juta untuk bayaran insurans premium kepada satelit itu

Jangka Hayat Operasi Satelit RazakSAT Tiga Tahun

Jangka hayat operasi Satelit RazakSAT ialah tiga tahun. Tetapi satelit RazakSAT gagal berfungsi dengan sepenuhnya pada Ogos 30, 2010, setahun enam belas hari dari tarikh pelancaran. Satelit remote sensing tersebut telah direka untuk menangkap imej dalam ketepatan 1km tetapi imej kawasan di Sungai Buloh dan Subang terlepas sebanyak 37 km dan menangkap gambar Kuala Selangor.”

Hasilnya, 1.328 gambar resolusi tinggi tidak dapat digunakan untuk tujuan projek memberikan maklumat yang jauh untuk pembangunan tanah, ,perhutanan dan penghijrahan ikan.

Kredit Info : malaysia.yahoo.com : Satelit RazakSAT Bernilai RM142 Juta Gagal Berfungsi Sepenuhnya.

730 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Kalau di angkasa bukan boleh perbaiki.

  2. Kamal Mustafa says:

    @mdaniff.com : Berapa Juta pulaklah tue????

  3. anif
    Twitter:
    says:

    Kena hantar setalit lain ni..
    anif recently posted…Nokia Lumia 800 – Bakal Memeriahkan PasaranMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top