Saranan Rasulullah Untuk Pilih Calon Isteri.

Cara Pilih Calon Isteri

Apa jua yang ingin kita lakukan, pasti ada panduannya. Demikian halnya baqi memilih pasangan hidup. Junjungan besar Rasulullah S.A.W telah meninggalkan pelbagai wasiat hebat sebagai panduan kepada kita sebagai umatNya. Salah satunya termasuklah panduan bagi kaum lelaki untuk memilih calon isteri. Antara saranan atau panduan tersebut ialah:

1-Asal-usul

Wanita yang dipilih itu mestilah diselidiki dahulu asal-usulnya. Ini kerana akhlak wanita sebahagian besarnya dipengaruhi oleh lingkungan tempat dia dibesarkan dan diasuhkan. Itulah sebabnya disunatkan memilih wanita yang dibesarkan dalam lingkungan agama kerana sedikit sebanyak akan mengalir akhlak yang baik dalam dirinya.

2-Yang beragama

Sabda Rasulullah S.A.W “Dikahwini wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana cantiknya dan kerana agamanya. Maka nikahlah dengan wanita yang beragama nescaya engkau beruntung.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Syarat yang paling penting memilih isteri ialah yang beragama. Dengan kata lain, yang beriman dan mengamalkan syariat Islam. Setelah ada syarat itu, barulah difikirkan yang lain. Wanita yang beriman, walaupun dia kaya dan cantik nescaya dia tetap merendahkan diri
pada suaminya.

3-Kecantikan & harta, kedua

Jangan hanya terpikat dengan kecantikan, harta dan pangkat serta keturunan semata-mata kerana wanita sebegini sekiranya tidak dipupuk dengan pembinaan agama dan keturunan yang baik, akan menimbulkan masalah di kemudian hari. “Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu bisa mencelakakannya. Dan jangan kamu mengahwini wanita itu kerana hartanya, kerana harta itu boleh menyombongkannya. Akan tetapi kahwini wanita itu kerana agamanya, sesungguhnya hamba sahaya yang hitam warna kulitnya dan cupingnya berlubang besar tetapi beragama, itu lebih utama.” (Riwayat Ibnu Majah, Baihaqi).

4-Mampu melahirkan zuriat

Pilihlah wanita yang dapat melahirkan zuriat dan penyayang. Untuk melihat wanita yang mampu melahirkan zuriat, boleh dilihat pada keturunannya.

5-Elak saudara terdekat

Pilihlah perempuan dari keluarga yang jauh agar dapat menambahkan kemesraan, kebahagiaan keluarga, kekuatan keturunan dan kecerdasan anak-anak. Rasulullah SAW. bersabda: “Jangan kau kahwini keluarga yang dekat kerana anak-anaknya akan lahir lemah (lembap akal dan fizikal)”.

6-Utamakan anak dara berbanding janda

Dalam memilih wanita, utamakan gadis. Islam menganjurkan supaya lelaki memilih calon isteri, harus mengutamakan gadis dari janda. Dalam hal ini, Rasulullah menjelaskan hikmah mengutamakan gadis berbanding janda dalam hadis: “Hendaklah kamu memilih wanita-wanita yang perawan kerana sesungguhnya mereka itu lemah-lembut kata-katanya, boleh melahirkan anak yang ramai, kurang tipu dayanya dan sentiasa cukup dengan yang sedikit.” (Riwayat Ibnu Majah, Baihaqi).

1,447 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Freedo says:

    Informasinya sangat bermanfaat. Terimakasih sudah mau berbagi.

  2. zik says:

    Insyallah.. pilih yang betul2 , bukan sebab kecantikkan semata-mata…
    zik recently posted…Kucing lawan Beruang- sapa menangMy Profile

  3. akubiomed says:

    Ikutlah saranan Nabi SAW tentu selamat
    akubiomed recently posted…Mahu trafik tinggi boleh sahajaMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top