Sampai Juga Ke Cameron Highland.

Cameron Highland

Bercuti Di Cameron Highland

Assalamumaikum……sihat semua. Dah beberapa hari KM tak update blog. Bukan ape KM baru lepas bercuti ke Cameron Highland. Selama hidup nie, inilah kali kedua KM ke Cameron Highland. Post kali nie KM nak cerita sikit tentang percutian KM di Cameron Highland hari tue. Kali nie KM bercuti dengan keluarga sebelah adik ipar KM coz keluarga KM semuanya ada program masing-masing tak dapek cuti. Mak & Ayah KM pulak kena hadiri kenduri kahwin. Takpo len kali KM bawak sekali keluarga KM pergi.

Jumaat lepas 11 March 2011 KM dan group konvoi ke Cameron Highland (GKKCH) bertolak lepas Magrib. Siang kena kerja gak. Berhenti sekejap kek rumah mak saudara Kak Bell ketua group di Rawang. Coz mereka nak join sekali. Bertolak dari Rawang lebih kurang pukul 12.30am. Semuanya 5 biji kereta menyusur masuk ke tol Rawang menuju ke Pulai.

KM dan GKKCH berhenti rehat kek perhentian Tapah. Pekena nasi lemak ayam campur paru dan nescapy o’ suam. Dekat 1 jam jugaklah berhenti kat situ, biasalah ada budak2 kecik ikut. Jadi masa tue panjanglah sikit sebab tunggu omak ayah arrangekan anak2 mereka.

Kami menyusur keluar dari tol Pulai coz GKKCH nak lalu jalan baru ke Cameron Highland. Memang jauh kalau nak dibandingkan ikut jalan Tapah. Cuma jalah kek Pulai nie cantik sikit dari jalan Tapah yang bengkang-bengkok tue. Sepanjang perjalanan aircond kereta tak buka pun sejuk sangat.

Berhati-Hati Membeli Makanan Di Cameron Highland

KM dan GKKCH sampai kek Tanah Rata lebih kurang pukul 6.30am. Kami pun berehat sekejap sementara menunggu hari cerah. Kesejukan mula mengigit tulang. Sejuk lagi Cameron Highlang nie. KM dan GKKCH pun cari tempat untuk minum pagi. Kami pun berjalan kaki ke kedai aka warung berdekatan. Peringatan untuk mereka yang dah lama tak ke Cameron Highland, survey2lah kedai makan kek situ coz tak semua makanana yang murah. Mungkin nasib tak baik makan 1 bungkus nasi lemak ala-ala kedai mamak,1 cawan nescapy o’, 1 cawan neslo, 1 cawan Teh o’, mee + meehon telur rebus harganya RM14.50. Hamboi mahalnya

Memandangkan masa untuk check-in masih lama lagi iaitu pukul 12.00pm. Ada beberapa jam lagi KM dan GKKCH pun mengambil kesempatan berjalan-jalan sekitar Tanah Rata. Kedai-kedai cederahati melambak kat sini. Baju-baju berjenama Cameron Highland berlambak. Kami pun bergerak ke ladang teh. Sempat jugaklah KM pekena chesee cake kek situ. Selepas itu kami bergerak untuk makan tengah hari kek Pekan Berinchang.Oklah makanan pun sedap dan harganya berpatutan.

Lebih kurang pukul 12.30pm kami pun bergerak ke apartment yang kami booking sebelum nie. Kami booking 2 apartment tapi….hampa sikit coz apartment tue tak bersih. Boleh dikatakan tak selerolah nak mandi atau menunai hajat. So kami pun hubungi ejen yang bookingkan bilik tue mintak tukar. Tapi mereka cakap apartment dah penuh almaklumlah cuti sekolah. Tapi mereka sedia memulangkan semula duit kalau kita tak suka dengan apartment tue. So Kak Bell selaku ketua GKKCH pun cubalah cari apartment baru, nasib dapat di Heritage Hotel cuma ada 1 aje dan harganya mahal sedikit. So terpaksalah berhimpit2 sedikit dalam apartment baru tue.

Pasar Malam Brinchang Di Cameron Highland

Selesai mandi dan berehat sekejap lebih kurang pukul 4.30pm, kami pun bergerak ke pasar malam Brinchang yang terletak kira-kira 5 km dari apartment kami menginap. Oleh kerana pasar malam tue terletak tepi jalan jadi jalan pun jam. Orang semakin ramai. tempat parking berbayar, dan hujan mula turun. Tak dapat berjalan samapai habis pasar malam tue. KM dapatlah beli sedikit barang-barang yang berkonan kek mato nie haa. Kami terus beli makanan untuk makan malam sekali kek pasar malam tue. Macam-macam ada. Udang goreng besar2 weh!!!!. 1st time KM makan jambu epal.

Hujan mula turun lebat sikit, kami sama di apartment pukul 8.30pm dan makan malam sekali. Terus berborak-borak dan tidur terus. Badan pun dah letih. Kesejukan mula menggigit tulang. Apartment kat sini memang takde air cond. Mungkin dah sejuk kot. Tapi ape pun nyamuk takde langsung.

Esoknya selepas mandi dan  sarapan kami pun packlah barang-barang dan terus check out pukul 10.00am  dan menuju ladang strawberry. Masuk berbayar RM10 seorang dan boleh petik strawberry 1/2 kilo aje lebih kena bayar. Lama jugak kat ladang strawberry tue. sampai tengah hari jugaklah. Kemudian kami berhenti makan dekat kedai makan berhampiran Maybank. Makanan pelbagai dan harga berpatutan. Lebih kurang pukul 2.00pm kami bergerak ke kedai2 barangan cenderahati dan baju2. Beli buat kenang-kenangan.

Lebih kurang pukul 3.00pm kami menyusur turun ke ladang Madu. KM ada beli madu dan jem buat makanan kek rumah sok2. Lepas tue kami pun  singgah sebentar di Lata Iskandar. Tengok air terjun. Masa nie KM dah mula rasa mual2 bukan ape jalan bengkang-bengkok dan sempitlak tue. Macam nak mabuk aje. Selepas tue kami pun bertolak pulang memasuki tol Tapah. Mak saudara Kak Bell pun balik melalui tol Rawang dan kami  pulang ikut jalan KLIA balik ke Lukut Port Dickson. Pukul 8.30pm sampai di Dengkil berhenti makan malam pulak. Lebih kurang pukul 9.30pm KM dan GKKCH pun sampai kek rumah. Alhamdullilah selamat  sampai kek rumah. Amin….

Pssst : Korang semua dah menjejakkan kaki di Cameron Highland?

1,333 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. mancai says:

    last aku sampai CH ni masa tingkatan 5 dulu, dekat berbelas tahun tak singgah… walaupun dari umah aku kat kg sejam je dah pun sampai…apa yang terbaru kat sna bro…?

  2. Kamal Mustafa says:

    @Lufti
    Sekarang dah senang dah….dah tau jalan. Rugi tak poie Lufti macam-macam ada…KM ingat 2,3 bulan akan datang nak poie lak dengan family KM

  3. akubiomed says:

    Habis bro borong buah strawberry 🙂
    akubiomed recently posted…Pengharaman botol susu bayi polikarbonat Bisphenol AMy Profile

  4. Luthfi says:

    waa seronoknya..
    KM, kalau tak haritu aku dah nak rancang pg cameron.
    last weekend la rancangannya. tapi tak jadi pergi sebab ada hal penting.

    teringin pulak ni nak pg sana KM

  5. Kamal Mustafa says:

    Seronok gak….tp family KM tak ikut kali nie.

  6. zik says:

    wah sampai lagi cameron highland nih… huhu.. bestnya bercuti bro… hoho
    zik recently posted…Bertemu dengan abang ardzham aka familiazam dot comMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top