Review Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus 16GB.

Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus 16GB

Guna Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus Untuk Layari Blog KamalMustafa.Com.

Sedang orang dok berpusu-pusu mendapatkan Ipad 3, awal bulan April lalu KM telah miliki Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus 16GB. Nak beli Ipad mahal sangat. Jadi setelah berfikir panjang KM mengambil keputusan membeli Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus.

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus 16GB.

  • 1.2GHz dual-core Exynos processor with Mali 400MP GPU
  • 7″ LCD display (1024×600 – 170DPI)
  • 1GB RAM
  • 16GB storage (approximately 12GB usable)
  • microSD card slot
  • Bluetooth 3.0
  • Proprietary multi-pin USB connector
  • Android 3.2 Honeycomb w/ Samsung TouchWiz UX overlay
  • 4000mAh battery
  • Infrared sensor for use with home entertainment systems and televisions (it actually works.)
  • 3MP rear camera, 2MP front camera
  • Weight: 345g (12.17oz, or 0.76lbs)
  • Thickness: 9.9mm (throughout)

Rekabentuk Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus 16GB.

Rekabentuk Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus sangat menarik, nipis dan senang dibawa kemana-mana disebabkab saiznya yang kecil. Jika nak dibandingkan dengan adik beradiknya 8″,9″ dan 10.1″ rasanya Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus  sudah cukup bagus.

Bersaiz 7″ memang sangat stabil bila dipegang dengan sebelah tangan. Menaip dengan 2 ibu jari dalam mode  portrait pun senang.

Untuk kamera Tab Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus , KM cuba ambil gambar dengan kamera belakang, boleh tahan juga kualiti gambarnya.

Review Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus 16GB.

Yang Elok Tentang Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus 16GB.

- Sangat cepat, takde sangkut-sangkut. Browsing pun lancar aja.

- Boleh menonton TV online dengan baik. Itupun bergantung pada internet connection anda.

- Main game memang puas hati.

- Ambil gambar, edit dan share memang mudah. Terutama bila guna Instagram.

Yang Tak Elok Tentang Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus 16GB.

- Bateri hanya bertahan 5 jam sahaja. Kalau main game (pastinya Angry Bird) gerenti cepat habis bateri.

- Orang lain tak boleh pinjam kerana semua akaun email, facebook dibuka secara auto. Klik dan buka. Ada baiknya jugak…

- Tak cantik sangat bila call guna Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus. Kena guna speaker baru nampak bergaya sikit.

Kesimpulan.

Secara keseluruhan setelah hampir sebulan mengunakan Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus. KM memang berpuashati guna Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus 16GB. Buat masa nie KM guna Micro SD card 2GB sebagai memory card tambahan.

Masa pergi I-City hari tue KM guna GPS Popogo 5X. Pertama kali guna GPS untuk cari direction. Memang puas hati.

Jadi KM nak tahu juga pendapat mereka yang pernah guna Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus 16GB.

Post ini telah dilihat sebanyak :418

11 thoughts on “Review Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus 16GB.

  1. @pencintagajet : iyo..bagi KM dah cukup kalau guna Samsung tab 7.0 plus nie, tak besar sangat. sedang elok aja.

  2. dulu pernah guna ..
    memang best gak la sg tab 7.0 plus nie ..
    masa saya mggunakan gajet ni ..
    saya dapati apa yang berkaitan n apa yang kita nak sume nye bole dapat ..
    contoh kawan2 yang ade dlm fb kite ..
    no telefon diaorg akan trus di SAVE di dalam contact list kita …

  3. @akubiomed : Kalau guna secara berterusan. Memang cepat habis baterinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge