Review Produk D’Masha D’Apple Fiber

Produk D'Masha D'Apple Fiber

Produk D’Masha D’Apple Fiber Untuk Mereka Yang Perut Buncit.

Kepada mereka yang mengenali KM, pasti sedar yang KM nie berbadan gadang. Berat KM sekarang mencecah 140kg (kalau ikut penimbang kek rumah). KM bersyukur kerana setakat ini tiada lagi penyakit yang menjadi penunggu dalam badan nie (mintak dijauhkan).

Badan KM menjadi gadang bila berumur 20 tahun. Penyebabnya ialah makan malam. Makan malam yang KM maksudkan ialah time orang tidur awak makan. KM pernah kerja kilang 3 shif dulu. Bila time shif petang balik pukul 11.00 malam, sampai rumah pukul 12.00 malam. Mau tak lapar. Lepas makan tidur. Tue yang badan mengembang tue.

Bila umur dah menempuh awal 30an nie, harapan badan nak slim balik macam dulu macam tak kesampaian aje. So dipendekkan cerita KM cuba pengambilan Produk D’Masha D’Apple Fiber. KM taknak letak harapan tinggi sangat, dapat turunkan berat dalam lingkungan 80kg kira alhamdullilah.

Di Port Dickson dah ada ejen yang jual. Jadi senang nak beli kalau stok dah habis. Harga pula berpatutan. Dalam RM60 ke RM69.90 bergantung kepada offer dari ejen. Seperti gambar kek atas, KM beli 3 kotak. Sekotak RM65, percuma sliming gel setiap satu. Dalam 1 kotak ada 15 paket. Minum 1 paket sehari selepas makan malam.

Menurut keterangan dari website Produk D’Masha D’Apple Fiber, ia disyorkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah perut buncit, sembelit, terlebih berat badan dan nafas berbau. Pengambilan yang teratur, satu paket selepas makan malam akan melalui pembuangan yang lawas tanpa cirit-birit. Produk D’Masha D’Apple Fiber mengandungi Collagen dan Stemcell. Produk ini berhasil mengempiskan perut tanpa menggelebeh. Formula unik semulajadi Produk D’Masha D’Apple Fiber yang kaya dengan serat.

Kesan Setelah Pengambilan Produk D’Masha D’Apple Fiber.

Selepas 1-5 Hari Pengambilan Produk D’Masha D’Apple Fiber.

1.Sewaktu pembuangan najis banyak(mungkin berbau busuk dan bewarna hitam)
2.Pembuangan lebih dari sekali (2 atau 3kali)
3.Kerap kali terkentut mengeluarkan angin-Masalah sembelit bertambah baik

Selepas 15 Hari Pengambilan Produk D’Masha D’Apple Fiber

1.Toksik semakin berkurangan
2.Lemak yang tak diperlukan semakin terbuang
3.Perut semakin kurang buncit dan badan semakin langsing

Review KM Menggunakan Produk D’Masha D’Apple Fiber.

Masuk hari nie dah 7 hari KM guna Produk D’Masha D’Apple Fiber. Rasanya masam manis dan berbau seperti gula-gula sugus (kecik-kecik dulu suka makan gulo nie). 1 paket Produk D’Masha D’Apple Fiber dibancuh dengan 180ml air suam. Seriously pada hari pertama dah ada kesannya. Seperti keterangan diatas. Esoknya pembuangan air besar lebih puas selepas sehari menggunakan Produk D’Masha D’Apple Fiber . KM jadi cepat dahaga. Sampai minum air putih dekat 1.5 liter sehari.

Slimming gel tue KM guna lepas mandi sapu kat keliling perut. Gel nie tak boleh guna banyak-banyak kerana kesannya menyegat sangat.

Selepas 3 hari KM boleh rasa badan ringan. perut pun macam lembik dah. 1 yang KM dapat rasa kesannya, mulut berbau lebih segar. Satu lagi kesannya, bila apa sahaja kita makan pasti lepas tue nak buang. Jadi kalau nak makan luar kena makan sikit-sikit ajelah.

Bab makanan pula KM makan macam biasa aje. Sarapan, makan tengahhari dan malam. Alhamdulilah setakat nie takde kesan-kesan sampingan yang teruk selepas guna Produk D’Masha D’Apple Fiber nie. KM akan cerita lagi selepas 15 hari penggunaan Produk D’Masha D’Apple Fiber nie. Betul ke tidak dengan apa yang diwar warkan di website Produk D’Masha D’Apple Fiber.

1,225 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. harga pon leh tahan..boleh cuba juga..
    Jebeng Otai™ recently posted…NgaaAAaapMy Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    @rahman : yo, konolah pinjam basika bro Rahman…hahaha

  3. rahman says:

    apa apa pun KM.. jangan lupa bersenam
    rahman recently posted…Biografi Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XIV (14)My Profile

  4. akubiomed says:

    Selamat menguruskan badan dengan cara yang sehat. 🙂
    akubiomed recently posted…Wordless Wednesday – #Undi AkuBiomed DiGi WWWOW Awards 2012My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top