Review Filem Nur Kasih The Movie 2011

Review Filem Nur Kasih The Movie 2011

Sabtu lepas 21 Mei 2011, KM macam biasalah kerja . Hari sabtu setengah hari, Ahad holiday ehh macam cerita P.Ramlee lak. KM bagitau Kak Bell, Omak KM nak sangat tengok filem Nur Kasih The Movie 2011. Al maklumlah Omak KM dok rumah aja, tue yang tak miss tengok drama Nur Kasih kat TV3. Kira peminat setialah. KM taklah layan sangat. Tapi dah Omak nak poie tengok,KM pun bawaklah.

Review Filem Nur Kasih The Movie 2011

Family Kak Bell nak join sekali. Walaupun pergi awal pukul 3.00 pm dengan harapan kononnya tak ramai oranglah dan dapat tengok tayangan pukul 5.30 pm. Seperti biasa apa yang di rancang tak jadi. TVG Seremban 2 penuh dengan orang.  Kami hanya  dapat tiket pukul 7.40 malam. Tiket pun agak mahal RM12 sekepala. Hamboii lambat lagi tue… Ada 4 Jam laie. Mano nak poie nie?

Untuk menghabiskan 4 jam tue, kami poie menjamu selera kat tempat makan di Jaya Jusco. Pekena chicken cop,nasi goreng thai, coconut sea dan mcm2 laie lah.

Menyelerakan tak??

 

Review Filem Nur Kasih The Movie 2011

  • Kepada sesiapa yang pernah tengok drama Nur Kasih di TV3 untuk movie nie, kisahnya bermula selepas Adam (lakonan Remy Ishak) balik dari India. Dari situ bermulalah perjalan hidup Adam dan Nur. Adam dan Nur bersama2 mendidik remaja yang bermasaalah.
  • Pada permulaan cerita memang KM blur sikit, kenapa Aidil (lakonan Fizz Fairuz) yang sudah mempunyai 2 anak berduka cita. Rupanya Kematian Isteri. Dan sebab kenapa isterinya mati kena tunggu hingga habis cerita.
  • Adam dan Nur ingin mendapatkan cahaya mata,dah dapat keguguran pulak. Mereka membawa hati yang lara ke tanah Suci. KM rasa menunaikan umrah kot, plus poie bercuti sekali.
  • Insiden Adam dan Nur terlibat dalam kemalangan keretapi. Emmm memang mcm filem hindustan. Walaupun terselamat, berlaku pulak insiden Adam hilang semasa dia kembali ke tempat kejadian mencari cincin nikah Nur yang hilang. Dramatikkan…
  • Bermula pulak kisah Nur mencari Adam yang hilang. menambahkan sedap cerita Aidil (Fizz Fairuz) datang join cari Adam sekali. Dramatik sangat. Dalam pada tue Nur mengandung.
  • Menambah dramatik lagi, Adam yang dah dijumpa jatuh sakit sebabnya ada benda dalam badanya semasa tragedi di India yang telah menghampiri jantung. Tiada ubat kecuali mendapat organ baru. KM rasa jantung.
  • Nur dengan sokongan keluarga bersusah payah menjaga Adam. Masalah kewangan, tambah lagi Adam yang sakit.

So ape yang berlaku seterusnya, apa berlaku pada Adam. KM rasa korang poielah sendiri tengok. Supportlah filem Melayu. Bawak family poie sekali macam KM nie haa. Tapi kalau korang nak tau jugak boleh intai kat sini [spoiler]

  • Di saat Adam bertarung dengan maut, satu insiden berlaku dimana Aidil pulang dari kelas bimbingan remaja bermasalah. Aidil dipukul dan kemudian salah seorang budak dari kelas bimbingannya memberikan pertolongan. Budak tue mati di hentak dengan besi.
  • Sebenarnya budak tue dah daftar derma organ untuk Adam. KM pun ingat Aidil yang akan mati dan jantungnya bagi pada Adam. Pasti punye coz mereka adik beradik pasti badan Adam boleh terima jantung Aidil, tapi sebaliknya jantung budak tue yang selamatkan Adam.
  • Adam selamat dan hidup sampai tua dengan Nur. Adam mati, tapi bab mati tegak tue KM tak boleh terimalah coz nampak macam senang sangat. Lepas Adam mati Nur teruskan hidupnya ditemani oleh Aidil. Masa nie KM rasa Nur dah nyanyuk coz Aidil tolong bacakan buku kisah hidupnya dengan Adam yang ditulis oleh Adam semasa Adam sakit.Mereka ada anak seorang. Habis Cerita.

So macam mana melodarama tak!!
[/spoiler]tapi ingat….KM tak tanggung kalau ada yang tak puas hati nanti.

769 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Admiral Hafiz says:

    baru tengok movie ni semalam…
    memang agak terlambat, tapi takperla kan?
    better late, than never…

    secara jujur, sy tak pernah pun layan drama nur kasih ni
    kononnya ego la..tak layan citer2 jiwang
    smlm ble member ajak, so layan jela..

    ble start je movie, terus sy tergamam
    mmg filem Nur Kasih ni tak sama dengan filem melayu2 yg lain
    cantik je scene2 dlm filem ni…
    mmg seronok dan berbaloi tengok filem ni!
    no wonder la siri drama nur kasih jadi fenomena dlm negara kita

    Entry Terkini:
    Review Jujur Nur Kasih The Movie Daripada Bukan Penonton Siri Drama Nur Kasih

  2. Kamal Mustafa says:

    Tue pasal kat Tv dia tak akan keluar. Rasa2 kat Astro First pun tak keluar agaknye.

  3. akubiomed says:

    Ohh..ada kelainan antara drama dengan filem. Sudah tentu filem Nur Kasih tidak akan main di Astro First

  4. arrizz says:

    aku layan drama nur kasih ne..kalau nak tengok kat panggung maybe taklah kot..download jer la nanti..hehe..anyway, melalui review bro nie, dapat rasa movie nur kasih nie agak tragik jalan ceritanya..mesti tengok nie
    arrizz recently posted…5 aktiviti menarik dilakukan sempena cuti!My Profile

  5. zik says:

    erkk.. tak tengok lagi… suspen pulak yang last tuh.. apa agaknya akan berlaku?? jeng2
    zik recently posted…Boleh buat apa dengan pokok kelapa nieMy Profile

  6. titan
    Twitter:
    says:

    emmm..kena tengook dulu..baru tau best ke takk. 🙂
    titan recently posted…Komisen kedua dari BidtrafficMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top