Reunion Hualon QC 405 2014 Di Blue Lagoon, Port Dickson.

Reunion Hualon QC 405 2014 Yang Pertama.

Reunion QC 405 2014 (0)

Asssalammualaikum,

Post nie di dedikasikan kepada Cik Khai, Kak Sal, Murugan, Abg Jeff, Moktar, Mek Da, Zainol, Ita, Cmie, Fiza, Pungga, Pakkiya, Kanaga serta anak-anak mereka yang telah bersama-sama memeriahkan Reunion Hualon QC 405 2014 Di Blue Lagoon, Port Dickson. You All Are The Best.

Setelah hampir sebulan planning, akhirnya jadi juga Reunion Hualon QC 405 2014 Di Blue Lagoon, Port Dickson pada 15 Sept 2014. Ini adalah Reunion tempat kerja KM dahulu dari 1995 hingga 2004. Yang Pertama seadanya. Walaupun tak semua kengkawan yang hadir, kira terbaik jugalah.

Ada sebahagian kengkawan nie ada yang 9 tahun tak jumpa. Hanya berhubung dengan facebook aja. Media yang menjadi tali penghubung silaturahim.

Blue Lagoon atau Tanjung Biru nie kalau musim cuti, memang menjadi tumpuan orang ramai untuk berkelah. Kawasan pantainya tidaklah seluas pantai Telok Kemang, tapi adalah juga pokok-pokok untuk berteduh.

Jam 11 pagi semua kengkawan hadir dengan family mereka. Semasa plan untuk reunion nie yang diketuai oleh Cik Khai (Officer), telah memberikan tugasan kepada semua kengkawan yang akan hadir. Makanan, minuman, tempat BBQ, buah-buahan, dan ada lucky draw lagi. Alhamdullilah dapeklah juga untuk buat kenangan.

Reunion QC 405 2014 (9)

Reunion QC 405 2014 (10)

Reunion QC 405 2014 (12)

Sebenarnya nak buat games masa reunion nie, memandangkan yang hadir tak beberapa ramai dan takut kok ado yang somput macam KM nie haa. Maklumlah bilo umur dah meningkat nie sakit lututlah, sakit pingganglah, sengal-sengal badan. Jadi kami hanya makan-makan ajolah.

Aktiviti membakar ayam challenging sikit sobab angin bertiup kencang. Ambil masa 30 minit jugalah nak hidupkan api. Kemudian bermula acara membakar ayam. Berkepul-kepul jugaklah asap.

Reunion QC 405 2014 (16)

Reunion QC 405 2014 (6)

Reunion QC 405 2014 (7)

Reunion QC 405 2014 (14)

Reunion QC 405 2014 (13)

Yang seronoknya bila tengok budak-budak yang gembira mandi-manda air laut yang sedang pasang masa tue. Rasanya jam 4 petang baru betul-betul surut.

Seisi bergambar menjadi acara terakhir pada petang tue. Jam 6 petang kami semua bersurai. Ada juga yang singgah di Teluk Kemang dahulu untuk melihat suasana sunset dan merasai sendiri menaiki ATV motor.

Reunion QC 405 2014 (1)

Reunion QC 405 2014 (4)

Reunion QC 405 2014 (5)

Reunion QC 405 2014 (3)

Itulah yang dapat KM nak ceritakan mengenai Reunion Hualon QC 405 2014 Di Blue Lagoon, Port Dickson. Pastinya akan datang kalau dapat buat lagi mesti lebih gempak.

Psst : Cik Khai sey guno gambar beberapa koping iyo!!!


16,156 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. hafiz
    Twitter:
    says:

    lama tak jalan ke blue lagoon
    hafiz recently posted…Kempen CPUV Nuffnang ke 11My Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Alhamdullilah Walaupun kehadiran tak memberangsangkan.
    Kamal Mustafa recently posted…Reunion Hualon QC 405 2014 Di Blue Lagoon, Port Dickson.My Profile

  3. akubiomed says:

    Bukan muda hendak merancang sesuatu yang memerlukan komitment. Nampaknya perhimpunan berjaya.
    akubiomed recently posted…Keenakan Cendol Borhan Kuala SelangorMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top