Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau

Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau

Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau Resepi Mudah

MASAK lemak cili padi udang harimau adalah kegemaran keluarga saya. Pastinya, ia juga merupakan kegemaran ramai orang. Bahkan, ramai yang merasakan bahawa masakan yang berasal dari Negeri Sembilan ini sukar untuk dimasak. Tanggapan itu silap sama sekali.

Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau adalah antara masakan yang agak mudah untuk disediakan. Bahan-bahannya pula mudah didapati. Apa yang perlu diberi perhatian ialah api mestilah sederhana dan ia tidak boleh dibiarkan bersendirian di atas dapur. Ia hendaklah dikacau sekali-sekali agar santan tidak pecah minyak.

Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau ini juga boleh divariasikan dengan penggunaan bahan mentah lain seperti ayam, ikan, daging salai dan lain-lain mengikut cita rasa masing-masing. Pastikan bahan yang digunakan segar agar hasilnya memuaskan selera.

Penggunaan santan segar dan santan kotak tidak memberi apa-apa perbezaan kepada rasa masak lemak ini. Saya memilih santan kotak kerana lebih mudah dan bersih. Agak sukar untuuk mendapatkan santan segar yang boleh dipercayai kebersihannya kerana ramai yang menjual santan tidak asli.

Kredit Info : kosmo.com.my : Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau

Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau

– 10 ekor udang harimau (dibersihkan)
– 7cm kunyit hidup
– 4-5 biji bawang merah
– 3 biji bawang putih
– Cili api (Lebihkan pada yang suka pedas)
– 2 batang serai
– 3 cawan Santan Pekat
– Sayur kacang buncis ,kacang panjang atau bendi
– Daun kunyit dihiris halus.
– Garam secukupnya.
– sedikit air jika perlu.

Cara Memasak Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau

1. Kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, cili api kesemua ditumbuk sampai lumat. serai pula dititik.

2. Masukkan udang harimau serta bahan-bahan yang telah ditumbuk kedalam periuk, masukkan santan.

3. Masak dengan api sederhana. Jika kuah terlalu pekat tanbah sedikit air. Setelah mendidih, perasankan dengan garam.

4. Akhir sekali masukkan pula sayur kacang dan daun kunyit (ini bergantung kepada selera). Tak mau bubuh pun tak pe. Biar seketika dan tutup api. Siap untuk dimakan.

Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau oleh Kamal Mustafa.

1,688 total views, 5 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

Sites That Link to this Post

  1. Perap Daging Lebih Enak | February 22, 2012
  1. akubiomed says:

    Masak lemak bukan antara kegemeran saya tapi kalau undang tersebut di goreng atau dibuat goreng celup tepung susah hendak saya tolak. 🙂

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top