Ratusan Orang Berpusu-Pusu Mendaki Gunung Everest

Ratusan Orang Berpusu-Pusu Mendaki Gunung Everest

Ratusan Pendaki Cuba Mendaki Gunung Everest.

KASHMIR: Satu gambar memaparkan barisan ratusan pendaki yang cuba mendaki Gunung Everest menunjukkan kesesakan teruk pada paras ketinggian 30,000 kaki.

Pakar daki gunung percaya laluan tirus yang sama di Hillary Step, tembok batu 40 kaki pada ketinggian 28,740 kaki, sekurang-kurangnya menjadi sebahagian punca terhadap kematian empat pendaki hujung minggu lalu.

Ha Wenyi, 55, dari China; warga Kanada, Shriya Shah-Klorfine, 32; warga Jerman, Eberhard Schaaf, 61, dan Song Won-bin yang berusia 40 tahun dari Korea Selatan, semuanya berhenti hampir tiga jam di altitud yang memeningkan itu – terpaksa membakar bekalan oksigen berharga milik mereka ketika menunggu sekumpulan 150 pendaki untuk meninggalkan tempat itu.

Majalah Outside Siar Gambar Ratusan Orang Mendaki Gunung Everest.

Foto yang diambil oleh Ralf Dujmovits untuk majalah Outside adalah gambar yang jelas menunjukkan betapa sesaknya puncak tertinggi di dunia itu dipenuhi dengan kebanyakannya pendaki amatur yang membayar sherpa bagi melakukan tugas berat untuk mereka.

Cuaca tidak menentu di gunung itu berkeadaan baik hanya sebentar, memberi peluang tipis untuk pendaki cuba ke puncak.

Mendaki Gunung Everest Kerana Duit.

Kebanyakan lelaki dan wanita ini terdesak meraih pulangan daripada AS$75,000 (RM236,523) yang telah dibayar untuk mendaki Gunung Everest.

Ramai daripada 220 orang yang mati di Gunung Everest adalah pendaki amatur yang meneruskan pendakian melanggar nasihat sherpa atau pendaki lain.

Menurut Outside, seorang pendaki wanita, Shah-Klorfine adalah pendaki yang tidak menghiraukan kedua-duanya.

Apabila dua pendaki bertembung dengannya ketika turun dari puncak, mereka menyedari dia berkelakuan pelik. Mereka menggesanya supaya berpatah balik. Dia menggelengkan kepalanya dan memberi isyarat untuk meneruskan pendakian.

Pemandu arah juga menggesanya berpatah balik.

“Tidak, saya perlu teruskan. Saya perlu teruskan,” katanya kepada mereka.

Dia berkeras untuk meneruskan pendakian dan hanya dengan sedikit oksigen yang tersisa, dia berjaya sampai ke puncak.

Dalam perjalanan turun ke bawah, dia kekurangan udara dan sherpa terpaksa mendukungnya hingga dia menemui ajal, lapor Outside.

Kredit Info : hmetro.com.my : Ratusan Orang Berpusu-Pusu Mendaki Gunung Everest

646 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

8 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @rahman : I will do anything for money huhuhu

  2. rahman says:

    dah takder kerja lain gamaknyer mereka tu…

  3. pergh..berebut2 nk naik puncak..
    Jebeng Otai™ recently posted…Rumah KontenaMy Profile

  4. jajas says:

    berani mati la diaorg ni…
    jajas recently posted…Aku Tak Berani…!!!My Profile

  5. Kamal Mustafa says:

    Tq bro, KM masih dalam proses customize. Ada beberapa perkara nak kena adjust sikit.

  6. akubiomed says:

    Theme ini nampak simple dan kemas.
    akubiomed recently posted…Speedlight untuk kamera DSLR CanonMy Profile

  7. akubiomed says:

    Masing-masing mempunyai hajat yang besar untuk menakluki puncak gunung Everest.
    akubiomed recently posted…Separuh dari rakyat Malaysia membazirMy Profile

  8. anif
    Twitter:
    says:

    Sampai ke puncak Everest umpama sudah menawan dunia. Mungkin itu sebabnya ramai yang ambil risiko.
    anif recently posted…Bug Pada Aplikasi Instagram Telah Diperbaiki!My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top