Rancang Percutian Anda Sebelum Bercuti.

Buat Rancangan Sebelum Bercuti.

Semua orang nak bercuti. Sapo yang tak nak bercuti rugi sendirilah. Janganlah fikirkan sangat budget tue. sesekali luangkanlah masa untuk diri sendiri gak. Asyik kerja ajo!!. Ok pada yang nak bercuti tue, KM sarankan rancang percutian korang dulu terutama dengan keluarga yang besar.

Rancang Percutian Anda Sebelum Bercuti

Seperti yang korang tahu KM baru aje lepas bercuti….huhuhu. “Emmm macamlah den sorang ajo yang bercuti”. KM bercuti dengan kapasiti yang besar. Post kali nie KM bagi tips agar korang dapat percutian yang menarik dan berkualiti.

10 Tips Untuk Percutian Yang Menarik Dan Berkualiti.

1. Rancang lebih awal, jangan dilakukan pada saat-saat terakhir terutama jika melibatkan satu keluarga yang besar kerana lebih awal kita menempah penginapan dan tiket penerbangan atau perjalanan, lebih banyak potongan harga yang boleh diperoleh.

2. Apabila bercuti, ambil juga kesempatan pada hari yang tidak sibuk kerana harga yang ditawarkan lebih murah dan dengan cara itu anda boleh berjimat.

3. Sekiranya berlibur bersama keluarga, pastikan juga kehendak seisi keluarga. Adakah mereka ingin bersantai di pantai, berjalan sambil menimba ilmu dengan melawat tempat-tempat bersejarah atau membeli-belah. Apabila sudah mengenal pasti kehendak semua, lebih mudah untuk merancang bajet dan memilih destinasi percutian.

4. Pilih destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga. Setidak-tidaknya destinasi itu disukai semua agar tidak ada yang bermuram ketika yang lain berseronok dalam percutian tersebut.

5. Fikir pula tentang pengangkutan. Adakah anda ingin menaiki kapal terbang, kereta api atau memandu ke destinasi pilihan. Pilihan anda juga perlu sesuai bajet yang diperuntukkan. Tetapi, jangan pula dilupa tentang keselesaan.

6. Mula mencari tempat penginapan di kawasan tersebut. Pastikan hotel, resort atau chalet yang dipilih menawarkan kemudahan yang dicari seisi keluarga seperti kolam renang, spa atau kemudahan yang lain.

7. Setelah semuanya lengkap, rancang pula bajet percutian mengikut pilihan penginapan dan pengangkutan anda tadi. Jangan lupa mengambil kira makan, minum, hiburan dan membeli-belah. Dan, jika masa masih panjang, anda boleh mula menyimpan untuk persediaan percutian.

8. Jika sudah berpuas hati, buat tempahan segera terutama hotel dan kapal terbang. Sebaik melakukan tempahan, letak semua maklumat di satu fail agar mudah dicari nanti.

9. Jika inginkan pihak hotel menguruskan tentang lawatan ke tempat-tempat menarik atau sebagainya, jangan lupa memberitahunya ketika urusan tempahan bilik dilakukan.

10. Beberapa minggu sebelum berangkat setidak-tidaknya dalam masa dua minggu, telefon semula hotel atau syarikat penerbangan untuk mengesahkan kembali tempahan bagi memastikan semuanya teratur seperti yang dirancang.

So macam mana faham tak semua tips yang KM senaraikan tue. Ini tips percutian dalam negeri. Kalau sesiapa yang nak bercuti ke Luar negara bolehlah baca tips percutian ke luar negara pulak. Ape pun Selamat bercuti.

632 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. musi says:

    percutian terancang memang bagus dan bijak kita dapat fakus, kalo tak jadi berserabut kan. kami sekeluarga pernah bercuti kat hadnyai di banding bercuti kat pangkor- kos di pangkor 3X ganda wei laa.

  2. mancai says:

    kalau aku yang pertama telintas mesti camera…tak taulah kenapa…

  3. Naisophon says:

    Jenis saya, jenis backpacker. Bawak beg, baju 2 helai ngan tuala, kamera, pastu pegi lah saya dgn kawan sorang tu. Cari hotel murah (RM30 day) tak kisah la tido atas lantai pun. Sebab kami pagi sampai malam akan keluar explore bandar tu.

    Pengalaman plg saya ingat, explore Taiping.

  4. saiful says:

    suka bercuti masa orang lain sibuk bekerja. Jalan tak sesak,sewa bilik pun murah dan yang paling best tak berebut tempat parking kereta,hehe

  5. PakarBuahPinggang says:

    Salam kamal,

    Terima kasih ye dengan perkongsian ni.Saya pun baru je lepas bercuti,tapi takde buat peancangan pun.Mai redah je.Lepas ni bolehlah cuba tip di atas.
    PakarBuahPinggang recently posted…Kanser Pundi KencingMy Profile

  6. akubiomed says:

    Perancangan perlu dibuat dari awal terutama hotel dan jika perlu perjalanan udara perlu ditempah lebih awal.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top