Ramai Yang Kena Demam Denggi.

Demam Denggi Makin Menular.

Makin hari makin menjadi-jadi. Makin ramai orang yang kena denggi sekarang nie. Hospital ponuh dek orang yang mendapatkan rawatan. Bukan orang dewasa sahaja, kanak-kanak turut mengidapi demam denggi nie. Ramai yang terlantar di hospital menunggu apalah nasib yang akan berlaku sekiranya demam denggi ini tak elok-elok.

Perangi Demam Denggi


Kata orang kalau nak kena, kena jugakkan walaupun rumah bersih macam mana sekalipun KM tengok ado jugak yang kono. Berbagai usaha dilakukan untuk mengekang wabak denggi ini dari menular antara usaha awal adalah semburan asap atau kabus di tempat-tempat yang berpotensi untuk nyamuk aedes membiak.

Sebab Berlakunya Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

<img class=”aligncenter” alt=”Tanda-Tanda Demam Denggi” src=”http://kamalmustafa.com/wp-content/uploads/2014/03/Tanda-Tanda-Demam-Denggi.jpg” width=”300″ height=”506″ />

Virus Denggi akan berada di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedesalbopictus).

Tanda-Tanda Demam Denggi

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah – break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah – pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red).

Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan seldarah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Petua Sembuhkan Demam Denggi.

Untuk pengetahuan semua juga, penyakit demam denggi ini belum mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan yang digunakan di hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah kandungan air di dalam badan agar suhu kembali normal.

Kalau anda google di internet dengan keyword “Petua Sembuhkan Demam Denggi“, Sup Ketam dipercayai mampu membantu pesakit demam denggi sembuh. Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Psst : Ada yang kata makan buah tembikai juga boleh merawat demam denggi.

2,111 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Hafiz : Kena selalu check sekeliling rumah kok ado tempat nyamuk membiak.
    Kamal Mustafa recently posted…Wordless Wednesday 85 – Homemade Cheese Cake Leleh.My Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    @Rina : Betul Tue
    Kamal Mustafa recently posted…Wordless Wednesday 85 – Homemade Cheese Cake Leleh.My Profile

  3. Rina says:

    Korbannya tidak cuma anak2 tapi juga sering terjadi pada orang dewasa.
    Mari kita bersihkan lingkungan dan jangan sampai menjadi sarang nyamuk agar tidak ada yang terjangkiti demam denggi ni
    Rina recently posted…Create A Form Validation With jQuery Without PluginsMy Profile

  4. hafiz
    Twitter:
    says:

    musim panas ni memang banyak nyamuk
    hafiz recently posted…Membawa heroku gunting rambutMy Profile

  5. akubiomed says:

    Musim panas sekarang ini lagi mudah wabak denggi menular.
    akubiomed recently posted…Air mineral Spritzer kandungan OSA tinggi bukan sekadar penghilang dahagaMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top