Ramai Muflis Sebab Jadi Penjamin.

Jabatan Insolvensi Malaysia Dedah Punca Ramai Diisytiharkan Muflis.

Individu lingkungan 35 hingga 45 tahun dikenal pasti antara paling ramai diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, walaupun kebanyakannya bukan atas kesilapan sendiri.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan selepas merasmikan Taklimat Bebas Muflis di Kompleks Kraftangan, di Kota Bharu.

Ramai Muflis Sebab Jadi Penjamin.

Lebih 3,000 individu muflis di seluruh negara berdaftar di bawah sekretariat itu dan 38 peratus daripadanya dalam lingkungan usia tersebut.

Hasil kajian dijalankan sekretariat ini mendapati kebanyakan diisytiharkan muflis adalah penjamin dalam pembelian kereta.

Program Taklimat Bebas Muflis.

Kelantan merupakan lokasi kelima yang dipilih oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dalam program Taklimat Bebas Muflis yang juga akan dianjurkan di setiap negeri.

Datuk Sohaimi Shahadan mencadangkan agar penambahbaikan dilakukan, dimana khidmat guaman percuma disediakan oleh Jabatan Insolvensi untuk membawa keluar individu muflis kerana kos guaman yang terpaksa ditanggung sebelum ini membebankan.

Pangkalan data untuk individu bankrap juga perlu diwujudkan agar mereka yang membuat bayaran dengan baik dalam lima tahun tidak perlu membuat laporan khusus bagi mengesahkan kebebasan mereka, sebaliknya maklumat itu boleh diketahui secara automatik.

Mereka Yang Diisytiharkan Muflis Rujuk Jabatan Insolvensi.

Datuk Sohaimi Shahadan meminta mereka yang diisytiharkan muflis supaya berani hadapi situasi sebenar dan rujuklah Jabatan Insolvensi kerana banyak kebaikan dan keistimewaan akan diperoleh, sekaligus membantu mereka meneruskan kehidupan.

1,930 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Jajas : Biar papo asal berghayo 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Ramai Muflis Sebab Jadi Penjamin.My Profile

  2. jajas says:

    tu namo eh belanjo membabi buto…gaji kocik…tapi nak pakai keto civic…tak dapek baru seken pon balon…hehe
    jajas recently posted…Pembetulan…!!!My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top