Rakyat Malaysia Suka Minum Susu.

Rakyat Malaysia Suka Minum Susu

WELLINGTON (kanan) dan Jose menunjukkan konsep kotak minuman untuk masa hadapan yang mesra alam

Rakyat Malaysia Minum Susu Sebanyak 1.4 bilion liter Pada tahun 2010.

Betul ke rakyat Malaysia suka minum susu. Emmm KM memang tak berapa sangat minum susu. Bila minum lebih, rasa mual pulak. Syarikat pemproses dan pembungkus makanan terkemuka, Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd, menyatakan bahawa statistik rakyat Malaysia minum susu sebayak 1.4 bilion liter tahun lalu. Amboi…banyak tue.

Mereka juga mengunjurkan pengambilan produk tenusu cecair (LDP) dalam kalangan rakyat di negara ini yang dikatakan meningkat di antara dua hingga tiga peratus menjelang 2014 iaitu kepada kira-kira 1.6 bilion liter susu.

Amalan Minum Susu Tingkatkan Pertumbuhan Ekonomi.

Menurut Pengurus Pemasaran Tetra Pak Malaysia, Noer Wellington, peningkatan tersebut disumbangkan oleh pertumbuhan ekonomi dan peningkatan proses urbanisasi serta jumlah penduduk kelas pertengahan yang inginkan produk serta makanan berkhasiat dan mudah diperoleh.

LDP mewakili 25 peratus daripada kesemua minuman di Malaysia pada tahun lalu dengan pengambilannya pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak tiga peratus daripada tahun 2008 sehingga 2010.

Faktor-faktor utama kenaikan pengambilan LDP di negara ini serupa dengan trend global yang dipengaruhi oleh peningkatan proses urbanisasi dan jumlah penduduk kelas pertengahan.

[Source & Image Via : kosmo.com.my]

Psst : Kalau ikutkan dulu-dulu bayi dan anak kecil diberi minum susu. Sekarang orang tua pun digalakkan minum susu untuk menguatkan tulang.

662 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. mancai says:

    paling lama tak minum susu kambing… huhuhuhu
    mancai recently posted…keperluan kesihatan mental seorang dewasaMy Profile

  2. Juan
    Twitter:
    says:

    eh aku suka minum susu, kadang tu aku order susu ais bila makan nasi goreng kat kedai

  3. jasman says:

    org kate susu ibu yg terbaik…hehe
    sy suka minum susu soya…haha

  4. titan
    Twitter:
    says:

    dulu aku tak suka, sekarang dah suka. 🙂

  5. akubiomed says:

    Elok amalan minum susu terutama untuk anak-anak sekolah bukan setakat sehat ia dapat menguat tulang dan gigi

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top