Happy Deepavali 2010
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang beerti cahaya dan perkataan “Gavali” yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Perkataan Sanskrit “Deepavali” bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.
Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.
Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan “kolam”, hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan “kolam” ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan “kolam” di pintu masuk rumah mereka.
“Kolam” merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.
Fakta Menarik Tentang Deepavali
- Deepavali merupakan versi pendek dari istilah Sanskrit, ‘Deepavali’ yang bererti ‘deretan lampu’.
- Deepavali dikenali juga sebagai “Pesta Cahaya”‘ – ini merujuk pada baris peragaan lampu tanah “tempat lampu” di sekitar rumah mereka.Cahaya Deepavali melambangkan kemenangan pengetahuan atas kebodohan, dan kebaikan atas kejahatan.
- Legenda popular dalam agama Hindu yang berkaitan dengan Deepavali menandakan hari ketika Dewa Rama kembali dari misi mengalahkan Rahwana, kekuatan utama kejahatan.
- Di India Selatan, Deepavali juga diyakini hari ketika Dewa Krishna Menewaskan Narakasura.
- Selain Hindu, Sikh merayakan Deepavali “Diwali” dalam rangka memperingati pelepasan Keenam Guru, Hargobind, dari penawanan oleh Maharaja Mughal Jehangir.
- Agama Jain mengakui Deepavali sebagai Dewa Mahavira yang terakhir dari Tirthankaras, mencapai Nirvana, atau pembebasan, selepas kematiannya pada 527 SM.
- Deepavali dirayakan selama lima hari di seluruh India.
- Deepavali menandakan akhir tahun kalendar Hindu di Gujarat dan dirayakan sebagai hari syukur dan awal Tahun Baru dengan Gujarat.
- Perjudian bermain kad di Deepavali dianjurkan di banyak daerah di Inda sebagai kaedah untuk mengetahui keberuntungan di tahun mendatang.
Post For Deepavali – 17-10-2009
Repost For Deepavali – 5-11-2010
Boleh apelah salahnya….kitakan 1 Malaysia
selamat menyambut hari deepavali buat penganut agama hindu..
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada kawan-kawan India saya. <—kalau diizinkan oleh pihak Admin