Punca Wanita Jadi Queen Control

Lelaki Lemah Punca Wanita Queen Control

Lelaki lemah punca wanita queen controlB siapa kawan awak yang add awak di Facebook tu? Perempuan, kawan sekolah awak ke? Perlu ke nak contact kawan sekolah lagi? Kan awak dah ada keluarga, dah ada saya tak perlulah kawan-kawan lama tu lagi.”

Apa persepsi anda pada si isteri apabila membaca petikan dialog isteri di atas? Terlalu mengongkong, terlalu cemburu atau mungkin istilah queen control yang paling sesuai?

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, tidak kira apa zaman sekali pun memang masih wujud sikap-sikap yang dirujuk sebagai queen control.

Jenis Queen Control

Sikap ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, queen control yang memberikan kebahagiaan kepada suami dan rumah tangga dan satu lagi, queen control yang membebankan suami dan menimbulkan kekecohan di dalam rumah tangga.

Dan menurut Suzana juga lelakilah punca wanita itu dikatakan bersikap queen control.

“Ia berpunca daripada beberapa sebab yang asasnya adalah suami gagal berperanan sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri perlu mengambil alih peranan suami sepenuhnya.

“Keduanya suami pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri bertindak mengawal segala tindak-tanduk suami dengan harapan pengabaian tanggungjawab suami tidak berulang lagi

“Dan ketiga suami gagal mengawal isteri hingga membiarkan diri dikawal penuh oleh isterinya,” ujarnya lagi.

Apabila ditanya adakah lelaki akan jemu dengan wanita yang bersikap queen control, Suzana berkata ia terpulang kepada bentuk kawalan (control) daripada wanita itu sendiri.

Kenapa Wanita Bersikap Queen Control.

“Jika wanita bersikap queen control kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki tidak akan rasa jemu malah tak mustahil lelaki akan rasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri.

“Namun, jika sikap mengawal atau mengongkong si isteri dengan hasrat mengawal pergerakan suami supaya tidak mengulangi kesilapan lalu, memang lelaki akan rasa jemu dan bosan. Sebabnya, lelaki akan mula rasa segala pergerakannya tidak bebas dan terkawal,” jelasnya.

Menurut Suzana, sama juga dengan sikap wanita yang memang sejak awal gemar mengawal dan bila bersama dengan teman lelaki atau suami, dia tidak dapat membuang sikap tersebut ditambah pula dengan kegagalan si lelaki mengawal wanita tadi, lelaki pasti rasa jemu dan bosan.

“Kalau sebagai teman lelaki, tidak mustahil wanita tadi akan ditinggalkan dan jika sebagai suami, tidak mustahil juga si suami akan mula pasang mata mencari wanita lain yang boleh memberikan ketenangan kepadanya.

“Paling buruk, lelaki akan mengambil pendirian keluar daripada perkahwinan,” tegasnya.

Namun bagi suami, terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk berhadapan dengan isteri yang queen control.

“Perkara paling penting yang perlu anda lakukan ialah menjadi lelaki yang sebenarnya. Maksud saya, jadilah lelaki yang tegas dan menjalankan tanggungjawab.

“Jika anda pernah tersilap, yakinkan isteri atau teman wanita anda bahawa anda telah berubah dan tak akan ulangi kesilapan lalu.

“Pastikan juga anda betul-betul berubah. Ingatlah, teman wanita atau isteri anda mengawal anda kerana sayangkan anda dan ingin hidup bahagia dengan anda,”katanya.

Tambah Suzana, jika teman wanita atau isteri anda memang bersikap queen control sejak awal dan bukan kerana kesilapan anda, anda perlu ubah sikap teman wanita atau isteri anda itu.

Anda perlu sedarkan dirinya tentang kesilapan sikapnya. Sedarkan bahawa dia ialah wanita yang perlu taatkan suami dan tidak boleh sesenang hati mengarah suami itu ini.

“Sebagai permulaan, tanamkan dalam diri teman wanita atau isteri anda untuk bersikap toleransi dan sering berbincang di dalam menetapkan sesuatu perkara atau keputusan.

“Ingatkan wanita anda, walau siapa pun dirinya di luar rumah hatta jika dia adalah bos anda sendiri, di rumah dia adalah wanita yang perlu menghormati dan mentaati perintah suami selagi perintah suami tidak menyalahi ketetapan syarak,” jelasnya.

Bila masuk ke dunia perkahwinan, sikap ini terbawa-bawa hingga kadang-kadang si isteri sendiri merasa rimas sebenarnya.

Tidak semua wanita suka bersikap queen control tetapi terpaksa bersikap sedemikian demi menyelamatkan sebuah hubungan kasih sayang.

Kes queen control juga sering berlaku di dalam perkahwinan yang melibatkan pasangan lelaki dengan wanita yang lebih berusia, lebih berharta atau lebih berpendidikan daripada si lelaki.

“Dengan kelebihan yang ada pada diri wanita, ada kalanya mereka akan lupa diri maka tugas si lelaki adalah untuk mengingatkan peranan wanita tadi dan untuk melakukan tugas tersebut, lelaki perlu tegas dan bijak menangani si wanita.

“Perkara paling penting, lelaki dan wanita, suami dan isteri perlu faham dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam rumahtangga.

“Jika masing-masing memahami dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, tidak kisahlah king control atau queen control, rumah tangga akan aman dan bahagia, insya-Allah,” akhiri Suzana.

Kredit Info : utusan.com.my : Lelaki Lemah Punca Wanita Queen Control

1,082 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. OK_la_tu says:

    Senjata utama yg digunakan wanita untuk mengambialih pengemudian rumahtangga ialah agama (tk kira agama apa). Memang ada kelemahan pd kaum lelaki ke atas bab ini.
    Walaubagaimanapun di penghujung perkahwinan taktik agama tsbt menjadi terserlah merapu dn tiada asas dn semata2 nk gain control.
    Pd peringkat ini saya berpendapat “jika ada untung & kesan negatif .. arguee lah”, jika tidak tak perlulah buang masa kecuali perkara2 yg berkaitan syirik.
    Sudah menjadi sifat keibuan wanita nak contol semua tak kira bangsa dan gama apa.

  2. discrim says:

    tk elok queen2 control ni..patutnya saling menghormati antara satu sama lain..singah2 blog sy..antara post trbaru..perkara2 yg patut kaum hawa belajar dari lelaki

  3. titan
    Twitter:
    says:

    lelaki kena kacak. baru tak kena control. haha..jangan sesekali mengalah dengan orang perempuan tanpa sebab.
    titan recently posted…Jual air jus buah, dapat RM500 sehari.My Profile

  4. akubiomed says:

    Tidak tahu nak komen apa sebab tidak kena Queen Control. 🙂

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top