Port Dickson Bandar Tentera Darat

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

Port Dickson diisytihar Bandar Tentera Darat

PORT DICKSON 29 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Port Dickson yang terkenal sebagai bandar peranginan dijadikan Bandar Tentera Darat.

Beliau berkata, pengumuman berkenaan dibuat bagi mengenang jasa serta mengiktiraf para perajurit negara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah banyak melahirkan rekrut tentera yang profesional.

“Kerajaan akan melaksanakan beberapa projek untuk memberi makna dan pengertian kepada pengisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

“Ini kita serahkan kepada Menteri Pertahanan, Panglima ATM dan Panglima Tentera Darat untuk cadangkan pada kerajaan apa yang patut kita lakukan,” ujarnya.

Datuk Seri Najib Tun Razak Umum Port Dickson Sebagai Bandar Tentera Darat.

Najib berucap demikian pada majlis sambutan Aidilfitri Tentera Darat di Dataran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Najib menjelaskan, sumbangan Tentera Darat begitu besar dan selayaknya pengiktirafan itu diberikan.

Beliau yang pernah menjawat Menteri Pertahanan selama 14 tahun mengakui pengalamannya memimpin kementerian itu merupakan sesuatu yang manis sehingga menyedarkan beliau bahawa pengorbanan mereka terlalu besar kepada negara.

Menurut Najib, beliau berbangga dengan ATM sebagai pasukan keselamatan yang profesional selain mengukir sejarah dunia sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan ancaman komunis.

“Nyata sekali dalam lipatan sejarah, kuasa besar seperti Perancis dan Amerika Syarikat tewas di Vietnam. Ancaman komunis The New People’s Army di Filipina sehingga hari ini masih menjadi ancaman,” katanya.

Najib menambah, tidak keterlaluan sekiranya perkara ini disebut berulang kali memandangkan ada di kalangan orang ramai yang tidak tahu mengenai pencapaian ATM apatah lagi mengenang pengorbanan mereka.

Pssst : Kalau Port Dickson Bandar Tentera Darat, Bandar Tentera Udara kat mana pula?.

965 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top