Pesanan Ikhlas Untuk Orang Yang Berniat Nak Berhutang.

7 Pesanan Ikhlas Untuk Orang Yang Berniat Nak Berhutang.

Assalammualaikum,

Sebelum nie KM pernah buat post mengenai cara menuntut hutang. Semasa dok swipe-swipe post dalam facebook, terjumpa posting nie mengenai tips Untuk Orang Yang Berniat Nak Berhutang. Menarik pulak bila KM baca. Ditujukan khas untuk Orang Yang Berniat Nak Berhutang. Tak salah nak berhutang. Tapi sebelum berniat nak berhutang sila

Berniat Untuk Berhutang

1. Waktu pembayaran.

Pastikan anda tahu dan yakin bila boleh bayar balik. Kalau duit dah ada cepat, lagi cepat anda bayar balik lagi bagus.

2. Jangan menyepi.

Sekiranya waktu perlu bayar balik tu anda masih takda duit dan tak mampu untuk bayar, inform la dekat orang yang anda pinjam tue, jangan sepi seribu bahasa ajo.

3. Bayar sikit-sikit.

Tak boleh bayar semua, bayar la sikit2. Anda pinjam RM100, kalau tak boleh bayar RM100 sekali gus, bayar la seminggu rm10 ke, sebulan rm30 ke. Jangan langsung tak bayar.

4. Cagar.

Sebelum nak pinjam duit tu, offer la apa-apa barang yang boleh dicagar dulu contoh handphone, kereta, moto atau apa-apa yang berguna untuk org yang anda berhutang tu. At least kalau anda tak bayar pun, orang yang bagi pinjam tu takda la rasa rugi apa-apa.

5. Offer buat kerja.

Kalau org dah bg pinjam tu, maksudnya dia dah tolong kita waktu kita terdesak. Apa kata offer kat si bagi pinjam tu untuk buat apa2 keja atau tolong dia apa-apa. Contoh macam kemas rumah atau tolong buat assignment ke.

6. Hadiah.

Ini bukan riba atau faedah mahupun rasuah. Waktu nak bayar tu, kalau ada duit lebih bagi la lebih sikit dan cakap aja ni sebagai hadiah sebab tolong anda waktu susah. Tak pun bawak aja belanja makan ko, karaoke ko hehehe.

7. Holiday atau berjoli

Alasan pinjam duit sebab “kecemasan”, pastu boleh pulak pegi berjalan tak pun beli iphone 6. Huii, menyirappppp! darah dibuek eh. Awak punyolah kesian kek dio. Ingat, dah pinjam duit tue jangan la duk tunjuk atau update apa-apa yang berkaitan dengan duit dalam facebook ke atau mana-mana media sisoal. Ini menunjukkan yang anda memang ada duit untuk bayar hutang. Si pemberi hutang ni selalunya akan alert dgn apa yg anda update.

——

Kalau anda boleh praktik semua kt atas tu, anda nak pinjam lebih 10 kali pon rasanya takda masalah.

Tangan yang memberi lebih baik dari menerima, tapi bukan bermaksud anda perlu selalu meminta. Kalau boleh, seboleh-bolehnya elakkanlah berhutang. Hutang antara penyumbang terbesar putusnya silaturrahim. Adik beradik pun boleh bermusuhan akibat hutang. Ni tak masuk bab agama lagi ni.. hehehe

Kredit Info : https://www.facebook.com/HulalaShop

8,644 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Jasa Pembuatan Aplikasi Android says:

    Pernah mengalami pengalaman yang liat membayar hutang.

  2. Kamal Mustafa says:

    @Aku Biomed : Iyo betul tue, serba salah dibuatnya.
    Kamal Mustafa recently posted…Pesanan Ikhlas Untuk Orang Yang Berniat Nak Berhutang.My Profile

  3. akubiomed says:

    Pernah mengalami pengalaman yang liat membayar hutang. Kita sendiri pula sampai letih buat follow up.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top