Pertama Kali Ke Kota Dan Muzium Lukut.

Jom Melawat Kota Dan Muzium Lukut.

Muzium Lukut - Final[11-23-13]

Seperti Muzium Tentera Darat yang KM lawati sebelum ini, Kota dan Muzium Lukut juga adalah tempat yang pertama kali KM lawati. Itupun oleh kerana keluarga adik ipar dari Johor datang bertandang ke rumah.Telanjur bawak mereka pusing-pusing area Port Dickson, KM pun bawaklah melawat Kota Dan Muzium Lukut.

Kota dan Muzium Lukut terletak kira-kira 12 km dari Bandar Port Dickson,78 km dari Kuala Lumpur dan 1km sahaja dari rumah KM. Terlampau dekat yang sampai 36 tahun tak sampai-sampai huhuhu.

Muzium Lukut - Final[11-24-23]

Muzium Lukut - Final[11-23-41]

Muzium Lukut secara rasminya telah dibuka kepada orang ramai pada 9 April 1999 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu iaitu Tan Sri Isa Abdul Samad. Objektif kewujudan muzium ini ialah sebagai tanggungjawab bagi memulihara warisan sejarah negara dan memaparkan sejarah Lukut dari kurun ke-19 hingga 1880 iaitu sehingga Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujong, Negeri Sembilan.

Muzium Lukut - Final[10-08-40]

Muzium Lukut - Final[11-21-42]

Muzium Lukut - Final[11-22-39]

Muzium Lukut - Final[11-23-00]

Nampak tidak tangga tue?. Kalau berkesempatan datang panjat tangga tue dan diatas sanalah terletaknya Kota Lukut. KM tak larat nak memanjat tangga tue. Menggigil kepala lutut. 200++ anak tangga. Siapa larat boleh teruskan. Ipar KM pun tak naik. Almaklumlah…. tengaharilah katakan. Takpo sok-sok kalau berpeluang KM naik. Sebenarnya kalau naik kereta pun boleh. Tapi kena ikut jalan belakang mendaki bukit.

Muzium Lukut dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari secara percuma. Muzium Lukut mempunyai beberapa galeri pameran antaranya:

Galeri A : Galeri Sejarah Lukut,
Galeri B : Galeri Negeri Sembilan,
Galeri C & D : Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional

Sedikit info mengenai kota lukut. Pada awal kurun ke-19 perdagangan bijih timah sangat menggalakkan, dan dieksport sama ada melalui Pelabuhan Melaka, Singapura dan Port Swettenham (Port Kelang). Pada tahun 1815 Raja Busu anak kepada Raja Muhammad, Sultan Selangor ke-3 yang memerintah dari tahun 1826 – 1858 memerintah di Lukut mengambil keputusan untuk mengeksport bijih timah yang dilombong di daerah Seremban dan Lukut melalui pelabuhan Lukut.

Muzium Lukut - Final[10-01-56]

Dalam satu pergaduhan antara pelombong-pelombong bijih timah kaum Cina, Raja Busu dibunuh pada tahun 1834, akibat pembuuhan itu Keadaan masyarat menjadi kucar kacir dan pelombong- pelombong bijih lari meninggalkan Lukut. Pada tahun 1846 Raja Muhammad melantik Raja Jumaat bin Raja Jaafar dari Riau (menantu baginda) untuk menguatkan pemerintahannya, bagi membina sebuah kota yang dinamakan Kota Lukut.

Kota Lukut dibina pada 1840an dengan ukuran 607 kaki panjang, 505 kaki lebar dengan parit di sekitar sedalam 15 kaki, di dalamnya didirikan sebuah istana dan dua buah perigi. Sebuah di bahagian luar dikenali sebagai Perigi Beracun. Di dalam pemerintahan Raja Jumaat, pembangunan Lukut menjadi bertambah maju dan makmur.

Jom Tonton Video Semasa KM Melawat Kota Dan Muzium Lukut


View Muzium Lukut in a larger map

BAYARAN MASUK – Percuma

MAKLUMAT LANJUT

Muzium Lukut
(Jabatan Muzium Malaysia)
Lot 730, Kota Lukut
70100 Port Dickson.
Tel: 06 – 651 2954
Fax: 06 – 651 5270
Web: www.jma.gov.my



13,210 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

1 Enlightened Reply

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Nanti kalau ke sana boleh singgah.
    akubiomed recently posted…Kelas Fotografi Botani di Taman Botani PutrajayaMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top