Perkhidmatan Komuter Dari Seremban Ke Gemas Mula 10 Oktober 2015

KTMB Perkenal Perkhidmatan Komuter Baharu Dari Seremban Ke Gemas

Perkhidmatan Komuter dari Seremban-Pulau Sebang/Tampin-Gemas mulai 10 Oktober ini. Sonang dah orang nak kemano2 sekarang.

Perkhidmatan komuter sejauh 102 kilometer ini akan berhenti di tujuh stesen iaitu Seremban, Senawang, Sungai Gadut, Rembau, Pulau Sebang/Tampin, Batang Melaka dan Gemas.

KTM Gemas - 0

[Image Via : Google.com]

Dengan kelajuan antara 120 hingga 140 kilometer sejam, masa perjalanan dari Seremban ke Pulau Sebang/Tampin hanya 38 minit manakala dari Seremban ke Gemas hanya mengambil masa satu jam lima minit sahaja

Buat permulaan nie, kekerapan tren ialah setiap 30 minit pada waktu puncak dan satu jam pada waktu luar puncak. Bermula seawal 5 pagi sehingga 11 malam setiap hari.

KTM Gemas - 1

[Image Via : Google.com]

Kadar tambang untuk laluan Seremban-Pulau Sebang/Tampin-Gemas

Kadar tambang untuk laluan Seremban-Pulau Sebang/Tampin-Gemas ialah dari RM1 sehingga RM7.80 bagi perjalanan sehala untuk seorang dewasa, KTMB juga menawarkan tiket konsesi dengan tambang separuh harga untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak berusia dari empat hingga 12 tahun.

Perkhidmatan KTM Komuter itu akan menggunakan laluan berkembar elektrik. Pesanan untuk orang ramai agar tidak menceroboh laluan tren berkenaan kerana laluan landasan berkembar elektrik itu mempunyai arus elektrik tinggi.

KM rasa Stesen komuter Port Dickson akan menjadi kenyataan.

378 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Topi Jerami : Iyo tol dari Port Dickson ke Mambau aja dah RM3.20
    Kamal Mustafa recently posted…Throwback Pertama Kali Ke Aquaria KLCC.My Profile

  2. topijerami says:

    harga ok lah bro
    murah lah jugak
    tol pun lg mahal kn

  3. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Sampai Melaka suruh oarang jemputkan hahaha.
    Kamal Mustafa recently posted…Perkhidmatan Komuter Dari Seremban Ke Gemas Mula 10 Oktober 2015My Profile

  4. akubiomed says:

    Pernah ke Melaka naik keretapi elektrik ke Seremban dan kemudian ambil bas sambung-sambung sampai ke Melaka.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top