Percutian Ke Bukit Merah Laketown Resort.

Pertama Kali Ke Bukit Merah Laketown Resort.

Tarikh : 7 – 9 Disember 2013
Tempat : Bukit Merah Laketown Resort

Lambat sungguh nak publish post nie apa pun ini second time KM ke Perak Tahun 2013. Kalau dulu KM ke The Lost World Of Tambun kali ini ke Bukit Merah Laketown Resort pula. Tapi kali ini KM sorang aje yang join family Kak Bell (adik ipar). Keluarga KM tak dapat join kerana yang bekerja tak dapek cuti. Percutian ini dirancang cuma 1 minggu aja. Tue yang ramai yang tak dapat join tue.

Bukit Merah Laketown Resort - Taiping

Balun Durian Di Cangkat Jering.

Kami turun di tol Cangkat Jering untuk makan durian. Makan kat tepi jalan aja. Memang cantik isinya. Puas hati kalau tak elok kita boleh tukar yang lain. Masing-masing macam lipas kudung buka aja licin.

 

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.

Makan tengah hari pulak. Memandangkan dah sampai di Cangkat Jering, kami pun bergeraklah ke Kuala sepetang. Semangat nak makan Mee Udang yang sodap bagai dikato tue. Kami singgah di gerai Mee Udang Mak Jah. Seriously sodap amek ko Mee Udang nie. Kalau ikut selero KM memang tak boleh masuk. Rhogo eh bukan main mahal, rhaso eh….. errmmm ontahlah tokak KM nie tak buleh terimo. Macam sesuatu ajo. Kalau Nasi Goreng Udang atau kotam tue bulehlah tapi kalau nak kato sodap amek tue takdolah.

 

Bukit Merah Laketown Resort – The Aparment.

Banyak jugak KM tengok banner-banner yang direntang di balkony aparment. Kebanyakkannya ditawarkan untuk mereka yang ingin bermalam di Bukit Merah Laketown Resort. Apartment pula tak jauh dari dari Taman Tema Bukit Merah Laketown Resort. Di area aparment nie ada club house dan swimming pool. Bukan free tau kena bayar. Kanak-kanak RM3 dewasa RM5.

 

Zoo Taiping – Night Safari.

Ok binatang satu hal, malam satu hal. Memang teruja budak-budak bila dengar kito nak bawak mereka lihat binatang. Dah nama pun zoo. Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan zoo yang paling tua di Malaysia. Tapi kecewa juga. KM ingat bila ada perkataan safari tue macam ala-ala binatang lepas ke atau ada show ke tapi nan ado. Tahap kecewa sama macam Mee Udang Mak Jah. Tiket untuk dewasa RM16, kanak-kanak RM8. Nak berjalan dah malam. Tunggu keretapi punyalah lama. Dengan orang ramai lagi yang bersemangat nak naik keretapi round keliling zoo. Bila keretapi bergerak apo pun tak nampak.

 

Eh apo yang kito nak tengok nie. Binatang yang besar macam gajah, zirafah, harimau ajo yang nampak yang lain…tido agak eh. Habih round naik keretapi kebanyakkan orang torus keluar sambil menyungut-nyungut. Marah bonar hati eh. Kami pun ramai yo yang menyungut, tapi takpolah ini kalilah. Sekurang-kurang eh KM jojak jugak Zoo Taiping kan. Malam tue kami makan malam di sebuah restoran di Taiping. Restoran Kemuning kalau tak silap. Makanan memang sedap.

Bukit Merah Laketown Resort – The Real Thing.

Hari ini Ahad 8 Disember 2014. Kami bersiap jam 10 pagi. Selepas bersarapan di club house. Tak tahulah mungkin lain negeri lain versi nasi lomaknya. KM memang kurang makan nasi lemak. Tapi memandangkan dah takdo makanan lain terpaksolah makan juo. Nasi lemak kat sini dalam nasinya ada campur halba, halia, dan lada hitam. Sambal eh alat-alat ajo. Sabar ajolah.

Sampai di Taman Tema Bukit Merah Laketown kami dapati orang bukan main ramai laie. Bila diselidik rupanya ada perhimpunan agong sebuah parti pembangkang diadakan. Hurmm time inilah pulak. Harga tiket di Taman Tema ini berbeza-beza untuk setiap theme parknya. Kalau nak masuk semua boleh ambil pakej yang disediakan.

 

Tiket Masuk Bukit Merah Laketown Resort

Ok kami mula-mula nak ke Pulau Orang Hutan. Tapi memandangkan harganya mahal RM30 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak rasa tak berbaloi bila kita tidak boleh nak bergambar dengan orang hutan, niat kami tidak dapat diteruskan. Semua sebulat suara kata tak payah, KM pun ikut ajolah. Lagi pun nak tengok orang utan ajo pun. Water theme park tak masuk sebab budak-budak dah boring mandi. Kat apartment dah berendam nak berendam laie.

 

Kami ambil tiket untuk naik chair lift ride ke Taman Haiwan Ecopark. Lebih kurang 10 minit juga. Dapat juga melihat permandangan Water Theme Park dari atas. Orang dok mandi manda kat bawah. Seronok betul budak-budak bila jumpa haiwan. Siap boleh pegang laie tue. Boleh bagi makan lagi. Kalau korang nak tahu belah malam pun boleh datang di Taman Haiwan Ecopark. Tapi tak boleh naik chair lift ride sebab dah malam. Kemudian dia tukar naik boat yang orang naik untuk ke pulau orang hutan. Tapi haluan ditukar ke Taman Haiwan Ecopark.

 
 

Pet Park nie memang tempat kesukaan budak-budak. Mana tidaknya, boleh bagi makan dan pegang lagi. Pada siapa yang beranilah.

 

Muzium Perak.

 

Isnin 9 Disember 2013. Hari ini kami bersiap untuk balik. Check out dari apartment pukul 10.30 pagi. Kami berhenti di Pekan Kamunting untuk sarapan pagi. Kemudian kami menuju ke destinasi terakhir di Taiping iaitu Muzium Perak. Muzium Perak terletak berhadapan dengan Penjara Taiping. Dengan tiket RM2 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak umur bawah 12 tahun. Memang berbaloi kalau melawat muzium Perak nie. Puas hatilah. Seperti Zoo Taiping, Muzium Perak ini juga adalah muzium yang pertama di Malaysia. Ia dibina tahun 1883.

Dari Taiping Ke Lukut.

Selesai melawat Muzium Perak, kami beransur balik. Singgah lunch di R&R Tapah dan dinner di R&R Dengkil sampai di Lukut jam 9.00 malam. Selesailah sudah percutian KM ke Bukit Merah Laketown Resort.


1,836 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

8 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Macam tuelah nampak eh bro Azrin 😉

  2. akubiomed says:

    Wah betul-betul ronda ketika berada disana. 🙂
    akubiomed recently posted…Outing bersama AI Media di Taman Burung Kuala LumpurMy Profile

  3. Kamal Mustafa says:

    @Suri : Serik untuk ke setengah-setengah tempat aje huhuhu.
    Kamal Mustafa recently posted…Percutian Ke Bukit Merah Laketown Resort.My Profile

  4. suri says:

    saya harap km tak akan serik untuk turun ke ipoh lagi hee…
    suri recently posted…Hystrix BrachyuraMy Profile

  5. suri says:

    wah bukan main lagi yer heee..tak cakap pun nak turun
    suri recently posted…Hystrix BrachyuraMy Profile

  6. Kamal Mustafa says:

    @Hafiz : Bulan lopeh tue Bro Hafiz, akan datang lun laie doh,
    Kamal Mustafa recently posted…Percutian Ke Bukit Merah Laketown Resort.My Profile

  7. hafiz
    Twitter:
    says:

    wah berjalan sakan KM ya
    hafiz recently posted…Dapat 101 like di fanpage Hairulafiz.comMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top