Percutian Di Melaka.

Percutian Di Melaka

Lambakan Pakej Percutian, Pilih Dengan Bijak

Siapa yang tidak mahu bercuti. Kalau ada kelapangan KM pun cuba luangkan masa bawa keluarga pergi bercuti. Ada keluarga yang memang gemar bercuti dihujung minggu. Setiap hujung minggu pasti ada sahaja perancangan untuk bercuti.

Kalau pandai survey, banyak pakej percutian ditawarkan. Selalunya internet menjadi media utama untuk cari pakej percutian yang sesuai untuk anda dan keluarga. Pilihlah dengan bijak. Selalunya pakej percutian yang dicari adalah sewa bilik hotel yang murah. Ada pulak yang nak menginap di hotel yang ada kolam renang. Mana tidaknya budak-budak suka mandi kolam.

Percutian Di Malaysia, Meningkatkan Ekonomi Negara.

Elok bercuti dalam Malaysia. Secara tidak langsung dapat juga meningkatkan ekonomi negara. Amboi…macam pakar kewangan pulak. Percutian di Malaysia kini dah cukup lengkap. Semuanya ada. Tinggal lagi kita nak pergi atau tidak. Itu aja.

Percutian Di Melaka.

16 dan 17 March lepas KM bawa anak buah bercuti di Melaka. Terus terang KM banyak kali juga pergi Melaka, tapi tak habis jelajah lagi. Percutian di Melaka kali ini KM bawa anak buah yang sorang nie, dulu tak berapa pandai nak memandang. Ialah dulu kecik laie apo pun tak faham. Sekarang dah 5 tahun dah masuk tadika keletahlah. Kami pergi ramai gak 4 kereta join dengan keluarga Kak Bell.

Destinasi pertama KM ialah Zoo Melaka. KM tak dapat nak ambil gambar banyak. Maklumlah anak buah tengah lasak.

Gambar Sekitar Zoo Melaka. [spoiler]

Dapek ambik 2 gambar menatang ajo…sodih bonar nampak eh.

Macam KM cerita awal tadi. Setiap percutian pasti nak cari hotel murah. Kali nie KM menginap di Garden City Melaka Service Apartments. Dari Zoo Melaka poning gaklah nak mencari apartment nie. 3 kali pusing Bandar Hilir baru jumpa.

Gambar Apartment Forest Garden.

Kolam renang harus ada, anak buah KM mandi tak hingat….pukul 4 sampai 7 berendam. Selagi tak panggil, selagi tuelah.

Ada dapur untuk memasak.

Bilik tidur ada 3, siap dengan aircond setiap bilik.

Satu ajo masaalah eh, siaran tv pakai aerial lamo. Kena adjust dulu.

Kepada mereka yang plan nak bercuti di Melaka, dan berhajat nak menginap di Garden City Melaka Service Apartments, boleh lawati laman webnya .

Kepada sesiapa yang pernah baca post KM sebelum nie, pasti tahu yang adik KM ada join Waja Club. Jadi pukul 8 malam beberapa ahli Waja Club Melaka bawa kami pioe makan ke Medan Ikan Bakar Muara Duyung. Makan memang sedap dan banyak.

Kalau ada yang bercuti ke Melaka dan berhajat nak menjamu selera di Medan Ikan Bakar Muara Duyung nie KM nak bagitau, korang jangan nak order segala jenis nasi goreng ke, segala jenis mee goreng ke ya, sebab memang takde jual yang ado hanya makanan laut serta naik putih ajo. Nasi lomak ado. KM makan nasi lemak, udang goreng tepung, ketam sweet sour,otak-otak 5 orang makan semuanya RM 80. Harga memang berdepot. Jadi berhati-hati bila mengoder.

Gambar Sekitar Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung.

Lebih kurang 10.30 malam kami beransur ke Dataran Pahlawan. Alah yang ada Menara Taming Sari tue. Malang eh, Menara Taming Sari MC lak. Lotihlah tue membawak orang turun naik. Tapi ada uptown dibuka berhadapan dengan Menara Taming Sari tue. Siap ada karaoke laie tue. Letih berjalan dan balik apartment dekat pukul 2 pagi. Budak-budak dah melentok-lentok dah.

Gambar Sekitar Dataran Pahlawan.

Esoknya check out pukul 12 tengahari. KM keluar awal yang lain ada yang tinggal. Tapi sempat jugaklah Omak KM boli ole-ole dari Melaka seperti belacan dan cencaluk. Tidak lengkap rasanya percutian di Melaka kalau tak beli ole-olenya.

KM singgah di Mydin Melaka. Firstime KM masuk Mydin Melaka. Besar betul.

Gambar Mydin Melaka.

MPH promote buku murah-murah

Rancanglah dulu percutian anda betul-betul sebelum bercuti ok.

1,814 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

12 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @kasma : Silap pulak Garden City Melaka Service Apartments bukan forest garden. Boleh check kat atas websitenya.

  2. kasma says:

    As salam, saya ingin bercuti di melaka. so, blh saya dapatkan maklumat berkenaan Apartment Forest Garden. Tolong emel, please. tq

  3. Fezz says:

    Dengar cerita kawan, skrg Melaka dah byk berubah, ada masa nak juga melankah jauh kesana 😀

  4. samanosuke_04 says:

    hehe, aku cuti nie planning nak singgah hong kong seblom balik m’sia.. hohohoho
    samanosuke_04 recently posted…Tak Boleh Buka Blog Sendiri Tapi Orang Lain BolehMy Profile

  5. Kalau ke Melaka harus pekena Coconut Shake Klebang. Memang best minum masa cuaca panas.
    Hazmin Hamudin recently posted…Cium Telinga Punca Hilang PendengaranMy Profile

  6. donnyien says:

    wah..menariknya.
    x pernah p melaka…

  7. Jebeng Otai™ says:

    cuma satu jer..kalo public holiday mmg ssh nk crik parking..
    Jebeng Otai™ recently posted…Mobile PhotographyMy Profile

  8. titan
    Twitter:
    says:

    dah lama tak pergi ke zoo ni..
    titan recently posted…Digi Awards vs Cabaran SEO Lelaki KacakMy Profile

  9. rahman says:

    melaka tempat percutian yang menarik
    rahman recently posted…Jangan tanam pokok ganjaMy Profile

  10. Kamal Mustafa says:

    @akubiomed : Macam tuelah nampaknya.

  11. akubiomed says:

    Bro KM cuti-cuti Malaysia lah ni. 🙂
    akubiomed recently posted…Lelaki kacak akan mengalah dahulu sebelum berjayaMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top