Perap Daging Lebih Enak

Perap Daging

Perap Daging Adalah Satu Teknik Masakan

PASTI anda pernah membuat majlis barbeku. Sebelum daging atau ayam itu dibakar anda akan memerapnya dahulu. Memerap merupakan satu proses atau teknik merendam makanan dalam campuran bahan-bahan telah diperisa sebelum ia dimasak. Banyak resepi masakan yang mengunakan teknik perapan. lebinh ringkas dan mudah.

Bahan-Bahan Yang Sering Digunakan Untuk Perap Daging

Makanan berasaskan daging seperti ayam, kambing, lembu dan sebagainya selalunya diperap sebelum dibakar.

Bahan perapan boleh diadun dengan asid seperti cuka, lemon dan bahan-bahan lain seperti minyak, rempah-rempah, herba-herba, sos tomato dan sebagainya yang dapat menambahkan rasa pada makanan yang diperap itu.

Perap Daging Lebih Enak

Daging yang diperap lebih enak rasanya. Disamping itu juga teknik masakan ini lebih sihat. Bahan memerap seperti asid dalam perapan dapat juga melembutkan produk makanan kerana ia akan melembutkan tisu dan akan menghasilkan jus yang lebih enak daripada produk yang diperap.

Walaupun begitu fungsi asid dalam bahan perapan untuk melembutkan cuma memberikan kesan yang sedikit, kerana cara memotong dan teknik memasak yang betul turut menyumbang kepada rasa lembut makanan tersebut.

Jadi perapan yang berbeza boleh anda buat bergantung pada jenis makanan. Contohnya anda boleh menggunakan rempah ratus dan herba tempatan seperti kunyit, jintan putih, ketumbar dan serai dalam perapan untuk ayam bakar.

Lebihan perapan boleh dimasak untuk dijadikan sos juga. Tip paling penting dalam memerap adalah jangka masa simpanan bahan yang diperap itu. Lagi lama anda perap daging atau makanan itu, lagi sedap rasanya.

Jadi, saya mengesyorkan agar anda membiarkan makanan yang diperap di dalam peti sejuk lebih daripada 24 jam atau semalaman bagi mendapatkan rasa dan aroma yang lebih sedap apabila dimasak.

Minyak yang digunakan dalam bahan perapan jika ada digunakan dapat memelihara kelembapan makanan yang diperap.

Minyak tidak perlu dalam bahan perapan jika makanan itu mengandungi banyak lemak kerana lemak itu dapat memelihara kelembapan.

Berhati-hati apabila menggunakan asid daripada cuka atau buah sitrus dalam perapan kerana jika berlebihan ia akan membuatkan protein dalam makanan yang berdaging menggumpal dan membuatkan ia seakan-akan telah dimasak separa. Kesan ini akan membuatkan rasanya kurang enak.

Jadi jangan letakkan terlalu banyak dalam bahan perapan. Perapan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti anda boleh memasakkan bahan perapan itu dahulu sebelum digaul dengan makanan yang ingin diperap itu.

Kisar bahan perap daging dahulu kemudian tumis sehingga harum dan barulah anda gaulkan dalam bahan yang ingin anda perap itu.

Selain itu ada juga bahan-bahan perapan yang dibuat mentah tanpa dimasak. Caranya lebih mudah dengan mengisar semua bahan-bahannya dahulu kemudian perap terus dalam makanan.

Gaulkan rata dan simpan dalam peti sejuk. Selain itu terdapat juga bahan perap daging yang dijual segera di pasar raya. Anda hanya perlu menuangnya ke dalam bahan perapan dan gaul rata sebelum disimpan dalam peti sejuk.

Antara bahan-bahan perapan segera yang saya suka gunakan adalah sos BBQ dan pemerap herba campuran. Terdapat juga bahan perapan yang kering berbentuk serbuk.

Ia mengandungi campuran herba, rempah ratus, garam dan bahan perisa. Anda hanya perlu mencampurkan bahan perap daging kering ini bersama bahan-bahan basah seperti sedikit minyak, kisaran bawang putih dan bawang merah agar rasa serbuk perapan itu dapat meresap ke dalam makanan yang diperap.

Kredit Info : utusan.com.my : Perap Daging Lebih Enak

963 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

7 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Farihan(Han) says:

    Boleh try untuk majlis barbeku..

  2. Norasikin says:

    Kalau camping, biasanya saya perap dengan kunyit dan garam je. tak kuasa nak bawak macam-macam bahan

  3. rahman says:

    hehe.. melawak jer KM

  4. Kamal Mustafa says:

    @rahman : Takkanlah sampai camtue. Kok ado darah tinggi tak taulah pulak.

  5. akubiomed says:

    Meleleh air liur melihat hindangan didalam gambar tersebut.

  6. rahman says:

    sedap .. usia semakin naik ni dah tak berani makan daging banyak banyak .. takut pocah urat tongkok 🙂
    rahman recently posted…Pemain bolasepak beragama Islam terbaikMy Profile

  7. anif
    Twitter:
    says:

    Kalau perap tak lama.. tak meresap dalam daging! Tak sedap!
    anif recently posted…Ferrari 250 GTO – Kereta Termahal Di BritainMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top