Perancangan Percutian Untuk Tahun 2014.

KM Buat Perancangan Percutian.

Sabtu lepas KM bersantai di Bayou Lagoon Park Resort Melaka. Ikut adik KM. Saja takde apa nak buat dirumah, pukul 4.30 petang KM bertolak ke Melaka ikut tol Pedas. Ok KM nak cerita sedikit perancangan percutian KM dan family untun tahun 2014 ini. Ini hanya perancangan sahaja. Berapa orang yang join belum tahu lagi. Maklumlah mereka yang bekeluarga nak jugak buat perancangan perbelanjaan sebelum bercuti. Nanti takut terlebih budget pulak.

 Perancangan Percutian Untuk Tahun 2014

Perancangan Percutian Ke Pulau Pangkor, Perak.

Percutian Untuk Tahun 2014 (3)

Rancang Percutian Anda Sebelum Bercuti.

Percutian ini dirancang akan dilaksanakan pada bulan Mac 2014. Tarikhnya belum tahu lagi. Kalau jadi ini adalah kali kedua KM ke Pulau Pangkor. Pertama kali pergi dahulu KM berumur 13 tahun. Masa tue Wan KM yang buat rombongan ke sana. Kali nie mungkin KM dengan family pergi 1 kereta dan tambah lagi beberapa kereta dari family adik ipar KM. Kalau ikut perancangan, kami akan bertolak hari sabtu dan balik hari Isnin.

Perancangan Percutian  Ke Jakarta, Indonesia.

Percutian Untuk Tahun 2014 (1)

Percutian ini dirancang akan dilaksanakan pada bulan Mac atau April 2014. Untuk merialisasikan percutian ini, KM dan adik ipar KM, kono jugak buat passport. Iyo pertama kali buat passport antarabangsa. Destinasinya ialah Jakarta, Indondnesia. KM akan pergi dengan adik ipar, biras, dan member biras KM yang masak dengan Jakarta (selalu bercuti ke Jakarta). Ada sebab kami pilih percutian nie. Bercuti sambil mengintai peluang perniagaan. Ramai yang cakap Bandung dan Jakarta barangannya murah seperti tudung dan telekung. Jadi adik ipar KM nak pergi survey tengok. Mana barang yang berpotensi untuk buat berniaga.

Perancangan Percutian Ke Pulau Langkawi, Kedah.

Percutian Untuk Tahun 2014 (2)

Ok, sebenarnya tujuan KM ke Kedah adalah untuk attend majlis wedding adik angkat KM di Kuala Kedah. Tarikhnya akhir bulan Jun 2014. Seminggu sebelum puasa. Jadi KM fikir kalau drive rasa jauh sangat. Bila fikir-fikir dan bincang dengan Omak dan adik ipar KM, Jadi kami bercadang akan naik flight dari LCCT ke Alor Setar. Majlis berlangsung tengahhari, lepas attend wedding, kami akan naik feri masuk Langkawi ikut Jetty Kuala Kedah. Mungkin bermalam di Langkawi dan balik naik flight ke LCCT.

Itu perancangannya setakat bulan Jun 2014. Lain-lain percutian kalau ada akan diperbincangkan lepas Hari Raya Puasa.

So, korang pulak ada tak Perancangan Percutian tahun nie. Bercuti dimana tue?

1,021 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Hafiz
    Twitter:
    says:

    Baguslah buat perancangan takut nanti over bajet
    Hafiz recently posted…Blog sudah tukar theme GenesisMy Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Terima kasih, tapi ini perancangan aja. Bulan Mac tue pun budak sekolah ada yang exam, tak tau lagi jadi ke tidak.
    Kamal Mustafa recently posted…Perancangan Percutian Untuk Tahun 2014.My Profile

  3. Kamal Mustafa says:

    @Kid : Semuo ajak taknak poie, habis camno?
    Kamal Mustafa recently posted…Perancangan Percutian Untuk Tahun 2014.My Profile

  4. KiD
    Twitter:
    says:

    eh jang… bilo nak bercuti ke putrajaya..? hehehehe
    KiD recently posted…Pasangan Finalis Fear Factor MalaysiaMy Profile

  5. Rina says:

    Semoga semua percutian yang telah direncanakan ini berjalan lancar ya …
    Rina recently posted…How To Create A Simple Flat Calendar Table Using CSS And HTMLMy Profile

  6. akubiomed says:

    Selamat bercuti kepada KM. Banyak tempat yang bakal dikunjungi.
    akubiomed recently posted…Siapa yang hebat main stack gamesMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top