Peniaga Online Juga Wajib Daftar Dengan SSM.

Anda Berniaga Secara Online Cepat Daftar Dengan SSM.

Assalammualikum,

Korang tahu tak, kalau korang berniaga secara online termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, korang diwajibkan mendaftar perniagaan korang dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Semenjak dua menjak nie, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerap memantau peniaga-peniaga yang menjual produk mereka secara online. Berniaga di facebook dan Instagram paling meriah.

Bisnes Online

Melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang mula dikuatkuasa pada 1 Julai 2013, peniaga online juga diwajibkan untuk memaparkan butiran berikut di laman web, Facebook atau Instagram mereka :-

  • Nama perniagaan
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat
  • Alamat e-mel
  • Nombor telefon
  • Harga terperinci barangan dan kos berkaitan
  • Kaedah pembayaran
  • Anggaran masa penghantaran barangan

Sekiranya gagal memaparkan butiran diatas, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan caj penalti sehingga RM5000. Selain itu, korang juga perlu menyimpan data pembekal anda sekurang-kurangnya selama 2 tahun.

Peniaga Online Kalau Daftar Dengan SSM Lagi Orang Percaya.

Tentulah ada sebabnya mengapa peraturan ini diwajibkan. Sebab utamanya adalah untuk memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga. Ramai yang dah terkena. Member KM pernah membeli monopod di facebook dengan harga RM180, duit dah bank-in barang tak sampai-sampai. Bila call voice mail ajo.

Lagipun banyak kelebihannya kalau kita ada lesen perniagaan nie. Antaranya pelanggan akan rasa lebih yakin untuk berurusniaga dengan korang.

KM Dah Daftar Perniagaan Korang Bila Lagi.

Daftar Perniagaan Di SSM-0

Tak Susah Pun Nak Daftar Dengan SSM.

Tak kiralah apa yang korang jual secara online, beg, Maajun Warisan, Petromax, ebook teknik SEO Merah Jambu, baju, dan segala macam produk, kono yo daftar dengan SSM. Kalau tak daftar nanti dapek surat cinta dari SSM, KM pun poielah daftarkan perniagaan di SSM. Tak susah pun nak daftar dengan SSM. KM isi borang yang disediakan di kaunter SSM. Nak daftar Perniagaan secara online pun buleh yo. So, pesanan KM sebelum terkena baik daftar dengan SSM.

Oh…. lagi satu mengenai mengenai Goods and Services Tax (GST). Kalau pendapatan kasar tahunan perniagaan korang kurang RM500,000.00 tak perlulah nak pening kepala. Kalau lebih RM500,00.00 tue kono daftar GST. Cepat tarikh akhir 31 Disember 2014 nie.

 

 

7,463 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Rahmat hidayat says:

    Mantap juga ni.

  2. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Betul tue Bro Azrin
    Kamal Mustafa recently posted…Peniaga Online Juga Wajib Daftar Dengan SSM.My Profile

  3. akubiomed says:

    Eloklah berdaftar dengan SSM untuk berniaga. Boleh bina kepercayaan pelanggan.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top