Pelakon Dan Pelawak Harun Salim Bachik Meninggal Dunia.

Al-Fatihah Buat Arwahyarham Harun Salim Bachik.

Terkejut KM semalam bila baca status di facebook mengenai Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, meninggal dunia selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak.

Pelakon Dan Pelawak Harun Salim Bachik Meninggal Dunia.

Semalam KM menghadiri kenduri jiran. Jadi agak lewat dapat tahu mengenainya. Arwahyarham Harun Salim Bachik disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Pejabat Kesihatan Gunung Semanggol, jam 4.20 petang dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah.

Cerita dari Anak Arwahyarham Harun Salim Bachik, Hakeem Sofi Al-Rashyid, 14, berkata mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan di Pulau Pinang sebelum berhenti di hentian berkenaan.

Arwahyarham Harun Salim Bachik Rebah Tiba-Tiba.

Menurut Hakeem Sofi, dia menemani ayahnya yang berasa penat untuk ke tandas di R&R itu. Sebaik memasuki tandas di sebuah stesen minyak di R&R berkenaan, ayahnya mula tercungap-cungap sebelum tiba-tiba rebah.

Arwahyarham Harun Salim Bachik menghidap asma sejak kecil dan semakin serius dan kerap sejak dua tahun lalu. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Koperasi Polis, Gombak, sebelum Zuhur hari nie.

Harun Salim atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, mula dikenali melalui drama bersiri Rumah Kedai pada 1990-an dan sitkom bersiri Gado. Allahyarham pernah menjadi Presiden Seniman pada tahun 2010/2011.

Beliau adalah anak kepada pelakon zaman 50-an, Salim Bachik.

Sedikit Info Mengenai Arwahyarham Harun Salim Bachik

Nyanyian – Album Belilah dengan lagu popular Banjir.

Filem – Man Laksa, Baik Punya Cilok, Cuci, Apa Kata Hati?, Setem, Papadom, My Spy, Duhai Si Pari-Pari, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Kapoww!!, Aku Bukan Tomboy, Hoore! Hoore! dan Jalan Kembali: Bohsia 2; SAM: Saya Amat Mencintaimu, Tolong, Awek Aku Pontianak, Lawak Ke Der?, Bikers Kental, KI, Lemak Kampung Santan, Abang Long Fadil dan Lelaki Harapan Dunia.

13,861 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

1 Enlightened Reply

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Al Fatihah dan Salam Takziah. Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top