Pelakon Dan Pelawak Ahmad Busu Meninggal Dunia dan Suspek Bunuh Pegawai Bank Ditangkap.

Pelakon Dan Pelawak Ahmad Busu Meninggal Dunia

Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia petang tadi di Hospital Klang akibat strok . Allahyarham yang amat dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978. Jenazah Allahyarham dibawa pulang di kediamannya di Taman Sri Andalas Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Pelakon Dan Pelawak Ahmad Busu Meninggal Dunia

[ Image Via MStar Online ]

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.


Suspek bunuh pegawai bank sembunyi di rumah kosong

Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis. Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi.

Suspek Bunuh Pegawai Bank

Suspek yang merupakan warga indonesia berasal dari sulawesi, juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran. Maklumat terkini dipercayai ada perancang utama dalam kes rompak ini.


1,063 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

1 Enlightened Reply

Trackback  •  Comments RSS

  1. hafiz
    Twitter:
    says:

    Memang nampak beliau kurang sihat..
    Semoga rohnya dirahmati Allah
    hafiz recently posted…Wordless Wednesday 33 : Nasi Ayam BBQ Old townMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top